So KIL adalah mengenai Akil. Akil yang nak "kill" diri sendiri. Sebenarnya tak ada specific reason diberikan sepanjang cerita kenapa dan apa motif Akil bunuh diri, namun kita boleh rasa depression yang dia alami throughout this movie. Mungkin disebabkan oleh rutin hidup yang bosan tambahan pulak kurang bersosial dan bertegur even sesama rakan sekerja adalah puncanya.
Bermacam-macam suicide attempt dah Akil cuba dan satu pun tak menjadi. Dari kurung diri dalam kereta dan sedut asap kereta itu sendiri sehinggalah ke percubaan nak terjun dari bangunan, semuanya gagal. Tak berani atau belum bersedia nak mati mungkin. Tapi tekad tu dah ada. Semua terasa bagaikan mustahil sehinggalah Akil jumpa satu iklan yang memungkinkan segala-galanya.
Ianya adalah mengenai LAB (Life Action Bureau), sebuah organisasi bukan kerajaan yang berfungsi untuk "membantu" orang-orang seperti Akil dan "mengurangkan" kesakitan dieorang. Akhirnya Akil putuskan untuk dapatkan bantuan LAB selesaikan masalahnya.
Kemudian, muncul pulak Zara. Jiran baru Akil. Sejak pertama kali jumpa, dieorang mula akrab dan rapat. Zara juga menjadi penyebab hidup Akil mula bermakna. Banyak benda yang dieorang kongsikan sehingga ke satu turning point Akil rasa menyesal pulak approach LAB. Tapi nak menyesal pun tak guna. Perjanjian dah pun dipersetujui dan tak mungkin boleh ditarik balik. Okay, guwa rasa guwa dah terlebih. Macam spoil pulak guwa. Nak tahu apa yang jadi dengan Akil, korang kena tengok sendiri.
So far, guwa berpuas hati dengan KIL. Ianya lain dari yang lain. Even.persoalan yang ditimbulkan pun sangat interesting. Hey come on, dalam 10 orang dalam Malaysia ni, berapa ramai yang pernah terfikir untuk bunuh diri? dan isu bunuh diri ni isu yang serius tahu tak. Bagi guwa KIL adalah filem yang mempersoalkan kembali apa tujuan kita hidup sebenarnya dan hargai apa yang kita ada selama kita hidup. Guwa recommend korang untuk tonton filem ni. Berbaloi. Serius.
Alright. Sampai sini jer guwa update. Ada masa dan ketika nanti guwa update lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan