Jumaat, 23 Ogos 2013

Raya?

Perghh!!

Serasa macam baru pertama kali berblog. Dah lama dah tak update. Terasa segan pulak bila bukak blog sendiri. Last aku update 21 hari yang lalu. Kalau mengikut kiraan ilmu hisab aku, genap 3 minggu dah aku tak mengemaskini blog. Nasib baik tak 3 bulan, kalau tak dah cukup syarat dah. Blog aku dah boleh mintak cerai dari aku. Kan? kan ker tak kan? kan? kan?

"Sekejap guwa, sekejap aku, tak konsisten lah kau nih." Eh, you boleh shut up tak? sukahati I lah nak address diri I macam mana. I pun boleh. Blog I bukan blog you. Sakit ker pankreas you kalau I guna "aku"? patah dua ker limpa you? tak kan? so?

Tudiaaa. Baru first day blogging dah panas-panas . Kat atas tu contoh jer incase ada suara-suara sumbang yang berdarah jebat tak puas hati dengan aku. Tapi bak kata pepatah inggerish, "haters gonna hate." jadi taip panjang nak explain pun tak guna. Buang masa je.

Mana aku pergi selama ni? well, aku takde internet connection kat umah. Aku tak dapat nak update blog. Elehhhh!! alasan semua tu. Ye la alasan. Malas nak update sebenarnya. Sibuk jer memanjang. Bukan sibuk apa, sibuk menghensemkan diri. Tolong eh, jangan jeles.

Sebenarnya, tadi aku nak update pasal isu syiah tapi lepas aku gi toilet, aku lost. Semua benda yang nak di update dan disimpan dalam harddisk kepala aku hilang. Jadi, sekarang aku tak tau nak update apa. Sorry. Maaf zahir batin.

Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...