Itu hari dikala guwa tengah termenung berseorangan, diiringi sehela duwa kentut diudara yang guwa lepaskan, jauh disudut hati guwa, guwa punya satu keinginan. Bukan nak cakap ingin sangatlaa kan, nak kata hendak tu pun boleh juga lah sebenarnya. Atau lebih mesra lagi "guwa ada menyimpan secubit hasrat..."
Nak pinang awok mende nyeee~ itu kiter maseh lagi dalam proses kira², awok sabar lerr. Buat sementara waktu, awok rijek lah pinangan orang biarpun Patah Amin yang meminang. Lain laa kalau awok berkenan dengan Patah Amin tu, awok pergi lerrr~ Warda ade sudi menanti kiter.
Udah-udah, jangan kita sama-sama terjun kelaut. Bukan kisah cinta yang aku hendak kongsikan disini. Sudut cinta ada dihujung sana (sambil menunjuk ke arah satu sudut yang paling jaoh, berdebu, dihurungi bakteria yang buas tak lupa juga, malap kerna kurang cahaya).
Bila guwa hitung hari-hari yang sudah guwa lalui, sudah kurang lebih 2 tahun 5 bulan and some few days (plus minus) insiden "itu" berlalu. Insiden berdarah dimana menyaksikan guwa terbaring diatas jalanan, mulut berdarah, lidah terkoyak sedikit (3cm), nafas berbau, ketiak basah dan baju-T kegemaran guwa digunting oleh misi-misi di wad kecemasan. Bak kata pepatah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Namun begitu, yang pecah dieorang tak khabar pun apa jadi. Persoalan ini penting tuan-tuan, kerna pergelangan tangan kanan guwa pecah. Bukan patah, bukan hilang tapi pecah.
Bagai pepatah yang femes di supermarket terutamanya bahagian barang-barang kaca, "nice to see, nice to hold, if broken, considered sold..". Hah, mampu kau translate? jikalau mampu, syukur lah. Tiada gunanya guwa bazir ink, explain semua jadah nie dekat kau orang semua.
Ouh ya. Berbalik kita kepada "hasrat" guwa tadi. Arakian lamanya masa berlalu. Hendak dijadikan kisah dan tauladan, guwa telah dipesan oleh tabib² hospital kerajaan dari pelbagai sektor terutamanya sektor pakar tulang, pakar fisioloji dan sektor clear, bahawasanya bendasing yang digelar dengan panggilan manja, "titanium" boleh lah dikeluarkan dari tubuh badan guwa setelah 24 purnama berlalu bermula sejak purnama pertama yang muncul setelah selesai operation memasang besi tersebut kedalam badan guwa. Dengan kata lain, lepas 2 tahun, mengikut teori yang diiktiraf oleh doktor-doktor gigi dipersisiran Jepun, serta penggemar Yakult tempatan, besi itu boleh lah dibuka. Okay, mungkin susah nak hadam ayat tersebut. Tadi pasang, kan? kita gelar "install" lah ek? haa... lepas dua tahun, dah boleh "uninstall". Capiche?
Secara teorinya, Sir Issac Newtown dan Elbert Einstein juga boleh bersetuju bahwa tulang tersebut diyakini sudah meningkat remaja dan boleh hidup berdikari tanpa ada besi titanium platinum aluminium magnesium cium-cium segalalah. Itulah secubit "hasrat" guwa tadi.
Perghh~ bukan main lagi karangan guwa. Nie dah perenggan ke berapa nie? 32 ek?
Akan tetapi... haa... get ready... plot twist dah nak mai dah. Yang nak terkucil, terkentut, pitam, pengsan dan buang appendik digesa settlekan dulu baru sambung baca entri nie. Guwa tak hingin dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kecemasan. Mana yang normal, steady dan stabil digesa tarik nafas sepanjang yang mungkin, bersamaan dengan ukuran satu π. Itu simbol Pi. Kalau tak boleh baca, mohon beli satu hempon baru. Apa jadah smartphone tak kenal Pi. Hang Pi Mana selama nie? (okay, nie abaikan).
Semalam, ada brader X cerita kat guwa dua tiga tahun lepas adik dia pun nak buang besi kat kaki. Mohon jangan nak perasan lebih naa... adik dia bukan Ironman, tapi adik dia ada besi jugak dalam kaki. Biasalah eksiden jugak macam guwa. Nak dijadikan cerita, brader X bagitau guwa adik dia pergi hospital kerajaan di Melaka (mohon maaf zahir dan batin kiranya ada petugas yang bertugas dimana² hospital di Melaka yang terasa hati takpun terasa appendik bila guwa mention cenggini). Guwa cerita balik apa brader X nie cerita. Kalau dia tipu, guwa pun ikut tipu sama laa. Mana yang nak bagi pencerahan, boleh isi form diruangan komen dibawah.
So, adik dia nak buang besi kat kaki. Ikut cerita, ada laa beberapa bijik skru (guwa tak ingat berapa, guwa dah lupa sebab skru tu kecik sangat, haluisss). Berdasarkan pengalaman guwa, prosedur memasang besi pada bahagian kelamin. Opss!! maksud guwa pada pergelangan tangan guwa memakan dan meminun masa selama 4 jam kurang lebih. Sebelum operation mula, dieorang siap bagi pil dan tanya sama ada guwa nak high alang² atau nak sampai ke bulan terus. Korang tau lah mana pilihan guwa, ye tak? so brader X bagitau guwa, adik dia pun samaaaa. Itu pasang braderrr~ segalanya indah. Masa bukak a.k.a keluarkan besi tu? dieorang tarik hidup² derrr. Tak sempat nak cari bius, tak sempat nak pesan kat adik brader X selawat banyak² dieorang teruih main tarikk. Rasanya guwa cerita nie over exaggarated laa tapi part tak bagi bius tu betul. Bayangkan kesakitan nya tuan². Lepas dengar citer tu, guwa ingat nak kuburkan "hasrat" guwa. Seramshialll!!
Nie guwa cerita bukan nak takutkan sesiapa. Sekadar nak berkongsi jerr. Macam guwa kata tadi, kiranya ada pihak yang bertugas dihospital mungkin boleh tampil bagi pencerahan. Mungkin tu memang prosedur dieorang ker, caner ker, kiter tak tahu, kan? kalau boleh mohon komen diruangan komen kat bawah. Guwa selaku penulis entri nie, berbesar hati gak nak tahu sejauh mana kebenaran akan hal ini. Guwa tak salahkan brader X, mungkin dia salah faham atau adik dia saja nak kasi suspen lagi dia punya cerita, mana tahu. Pendek cerita, panjang tak cerita apa², kita bukan nak menyalah atau menuding jari, kita nak kan pencerahan. Ilmu yang korang ada, jikalau dikongsi bersama, tak luak dari fikiran korang, ye tak? pandai juga guwa bermadah rupanya.
Baiklah semua~ sehingga kita berjumpa lagi dilain entri. Ingati aku dalam doa mu. Eceyyy~ assalamualaikum~😊😊😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan