Khamis, 26 November 2015

Adi...

This entry were meant and dedicated for Adi... no reason, just kinda felt to appreciate people. Heheh.

Being penanam anggur begini membuatkan aku hanyut didunia sendiri. Serasa bagaikan sel otak tidak berhubung. Bukan tidak mampu, cuma tiada coverage. Pun begitu, rasa bersyukur itu ada. Kurang-kurangnya quality time bersama keluarga tersayang boleh bertambah (hah iye lah).

Sejak kebelakangan ini, aku rasa macam ada adik kecil baharu. As a matter of fact, kitorang memang memiliki darah yang sama. Tudiaaa... maksud aku tadi, dia memang ahli keluarga aku. Satu-satunya anak lelaki kepada Pak Cik (adik kepada mak aku) aku atau dengan kata lain, kitorang berkazen.


Semenjak dua menjak budak berikut tinggal bersama kitorang, aku belajar beberapa perkara dari dia. Membuatkan aku yakin akan kehadiran beliau bukanlah sekadar kebetulan mahupun saja-saja. Benar, setiap insan yang hadir dalam hidup kita memang ada sebabnya untuk kita (dan juga untuk mereka sendiri) saling mengenal antara satu sama lain. Oh ya, perkenalkan namanya "Adi". Nama penuhnya "Adidenno (I didn't know)" hahah. Oi kau dah kenapa? ketawalah!! aku gurau saja tadi. Tak perlulah korang tahu nama penuh beliau, bukan? takpelah... tak perlu.

Antara perkara yang aku belajar dari Adi adalah perasaan untuk handle budak kecik. Aku ada jugak anak buah dimana anak-anak kepada kakak-kakak dan abang aku, cuma perasaan dengan Adi nie sedikit berbeza. Anak-anak buah aku rata-ratanya tidak berapa nak akrab dengan aku gara-gara sikap aku yang seolah-olah allergic dengan kanak-kanak. Tambahan pula, usia aku masa dieorang lahir ke dunia masih lagi belum matang walau sudah aqil baligh. Generasi yang berikutnya pula dah pun ada abang / kakak mereka sendiri untuk jaga mereka. Therefore, dalam kes Adi, dia tiada abang atau kakak. Since adik-beradik aku yang lebih tua dari aku dahpun memiliki rumah sendiri dan tak lagi tinggal dengan kitorang, hanya ada aku dan adik aku (buat masa ini) selaku abang dan kakak kepada Adi.

Ini sangat kasihan, sebab Adi jadikan aku dan adik aku sebagai temporary role model beliau. Hahah *gelak jahat*. Ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga bagi aku. Namun sebenarnya tak. Adanya Adi, membuatkan aku dan adik aku nak taknak terpaksa berubah (sedikit) dari segi sikap dan tanggungjawab. See? aku belajar benda baru, bukan? memang tak ketara tapi aku boleh rasa perubahannya. Aku nak ungkapkan pun tak berdaya, apatah lagi gambarkan untuk korang (mende aku cakap nie??). Tapi itulah dia. Hahah. Aku tak tau nak kata apa.

Serius, aku asalnya mana gemarkan kanak-kanak. Adik aku pun sama (kalau dia baca ini, mohon dia mengaku, takyah nak deny sangatlahhh). Aku rasa pandangan aku terhadap kanak-kanak sedikit berbeza dari sebelumnya adalah kerana Miss S. Now, dengan adanya Adi, pandangan aku leboh positif terhadap kanak-kanak. Ingin aku tekankan disini, aku ada sedikit ciri-ciri bapa yang penyayang. Miss S dan adik aku kalau baca ini, komfem dieorang gelak punya. Jimbitlahh nak gelak-gelak!!

Ah sudahlah. Malu pulak aku rasa nak publish entri nie, tapi tak apa, aku tembokkan jua mukaku ini. Heheh. Choi~ aku sebenarnya memang determine nak dedicate entri ini untuk Adi. Sebab ini antara medium yang aku rasa aku ada sedikit kebebasan yang lebih dari biasa dan disini aku turunkan sedikit ego aku sebanyak 10% dimana aku terima bash orang (terutamanya insan yang aku kenal IRL) dengan tangan terbuka sambil muka aku pandang langit lalu redha. Malangnya, kelebihan ini tidak juga digunakan. Mungkin masib aku baik, atau memang aku syok sendiri blogging padahal tiada siapa pun tahu mende yang aku cerita disini. Hahah.

Apa-apa pun, lantaklah. Aku tak kesah. Sekurang-kurangnya aku puas hati. Aku suka begini. Kepada yang follow, trimass aku ucapkan. Korang tak tahu betapa aku sungguh-sungguh berterima kaseyh pada insan yang sudi buangkan masa membaca entri aku jni. *lap air mata*

Siapa setuju Adi dalam gambar diatas mirip seekor Doraemon? xD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...