Isnin, 30 November 2015

Kembali Kepada-Nya...

Baru nie tadi aku layan Whatsapp. Buka group family, ada 3 post belum dibaca. Uncle aku share something, pertama sekali mengenai berita Pak Yus meninggal dunia. Al-Fatihah buat allahyarham. Dikatakan meninggal disebabkan oleh sesak nafas dalam perjalanan pulang ke rumah. Surely berita nie viral dan semua dah maklum.

Post yang kedua nie pun aku yakin dah pernah viral sebelum nie. Cuma, mungkin ada yang sama kes macam aku. Dulu rasanya pernah member share dalam group. Aku tak ingat siapa dan dari group mana. Biasalah kalau dah berwhatsapp, mana mungkin cuma ada satu group jer. Tapi masa tu aku tak ambil kisah dan tak berani nak buka video (post ketiga adalah video untuk post kedua tu laa). Sekarang baru aku nak terhegeh-hegeh ambil tahu. Tak sengaja sebenarnya buka. Heheh.

So, ianya mengenai KOS. Tahu? aku bukan cerita pasal kos/kewangan/cost/costa rica. Bukan! tapi mengenai Kristian Ortodoks Suriah / Syria. Tak tahu? haa... jom baca.

Oleh kerna aku baru tahu, jadi pengetahuan aku terbatas. Feel free kalau nak share lebih lagi (bagi yang tahu). Aku hanya share as brief as I could. Dan betulkan aku kalau aku salah. Okay? alright. KOS, Kristian Ortodoks Suriah (Suriah nie Syria laa) berdasarkan apa yang aku baca sebenarnya dah pun lama ujud. Pun begitu, dalam lingkungan tahun 2009-2013 KOS nie mula dikenali. Ajaran ini berleluasa di Indonesia (based on my info, okay?) tetapi sebenarnya jika diselusuri, datangnya dari India. Asalnya ya, probably Syria. Sebab nama ajaran pun ada nama Syria (nak kena cari info lagi nie).

Tak apa, yang penting aku share mana yang aku tahu. Pertama sekali, ajaran ni mirip Islam. Dari segi penggunaan istilah, cara beribadah, sembahyang mirip solat kita, cara pemakaian, puasa, zakat dan sebagainya. Cuma perbezaannya pada pegangan tauhid. Mereka masih lagi Kristian (Hence, nama ajaran bukanlah Islam Ortodoks. Durhh~) dimana berpegang kepada konsep Trinity. Lagipula, mereka menganggap Jesus/Yesus/Isa ibnu Maryam a.s sebagai tuhan (anak tuhan) sedangkan kita menolak sama sekali pegangan tersebut.

Kalau tengok vid (malangnya aku tak dapat tepek kat sini, mana yang ada terima video viral tu, dapatlah tengok), suasana memang macam dalam gereja. Ada sorang lelaki (pakaiannya... aku tak tahu nak komen macam mana. Something about pemakaiannya) sedang membaca ayat dari kitab dieorang. Macam bacaan dari Al-Quran since dieorang guna bahasa Syria kuno (macam Arabic laa bunyi nya. Tak silap aku Armenia something laa). Diiring pula dengan alunan biola serta few other instrument (siap ada koordinator lagi) dan ada audience yang pada masa yang sama juga memegang kitab masing-masing dan mengikut bacaan lelaki tadi. Oh, dieorang bermula dengan basmallah (ini bukan typo, harap boleh faham). Serius meremang rasanya bila tengok. Serasa luar dari kebiasaan aku.

Bila fikir balik, buat aku rasa malu pun ada. Sebab mengaku diri Islam tapi tatacara hidup tak macam seorang muslim yang sejati (muhasabah diri). Bila melihatkan keadaan macam nie, seolah boleh motivate kembali ke jalan-Nya. Sebab kita dah pun dipesan oleh Rasulullah S.A.W untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnahnya. Ya Allah. Dan sebab tu jugak, aku share. Aku rasa tergerak hati nak kongsi. Sekadar peringatan. Mungkin korang tahu, mungkin juga ada yang tidak. Mana yang belum tahu, aku harap sekarang korang dahpun tahu. Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh kaji sendiri.

Alright. Till next time.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...