Tak nak cerita panjang, korang bacalah sendiri. Nanti tak pasal-pasal aku spoil pulak. By the way, Ajewan minta aku review. Hurm. tengoklah nanti brada. Kalau aku rajin. Heheh. Aku tak janji ok. Sebab bila aku review, aku susah untuk tak menspoilkan cerita tersebut. Dengan kata lain, feel korang dah dicabul, tak virgin lagi. Korang nak ker? fikir-fikirkan lah.
Oh, sambil aku membaca novel tersebut aku juga buat kerja lain. Calling bersama Miss S, bermain The Sims 3 Supernatural (serius banyak lagi yang aku nak explore) dan melukis. Melukis? ya, melukis. Bukan melukis plan bangunan walaupun aku seorang draughtsman. Err... bakal draughtsman I must say. Besok aku mula kerja baru. Tempat yang sama tapi persekitaran baru. Eh, lupakan pasal itu. Bukan itu yang aku nak cerita.
Aku kata tadi aku melukiskan? ya, melukis nie sebenarnya merupakan hobi lama aku. Kalau dulu, pantang jumpa kertas puteh, aku akan cari pen atau pensel untuk aku lukis. Biasanya aku akan lukis muka orang. Orang mana? orang yang aku tak kenal laa. Mula-mula dulu, lukisan aku banyak dipengaruhi oleh karekter animasi Dragon Ball. Dari situ aku minat melukis. Even dari satu garisan yang random, aku boleh buat masterpiece. Masterpiece yang aku maksudkan adalah untuk level aku masa tu laa.
Lebih kurang macam nie laa sketch aku duluuu... |
Aku ingat lagi dulu aku ada sebijik buku (buku latihan yang sederhana tebal) dan didalamnya penuh dengan sketch dan lukisan-lukisan aku. Dalam buku tu, boleh dikatakan hampir semua lukisan adalah karya masterpiece. Untuk pengetahuan korang, kualiti lukisan aku ada beberapa jenis. Jenis yang pertama, jenis buang boring. Yang nie biasanya lukisan agak huduh dan tak mementingan ketelitian. Janji aku gembira dan have fun, itulah motto yang aku pegang. Jenis yang kedua adalah lukisan yang orang minta aku lukis. Untuk jenis nie bercampur laa depend dengan apa yang dieorang minta. Kalau yang aku minat or suka, maka senang laa nak lukis. Tapi kalau benda yang remeh, leceh jadi huduh jugak sebab aku malas. Yes aku malas. The only reason why aku tak jadi pelukis profesional atau mangaka.
Nak jadi macam beliau, boleh? |
Jenis yang ketiga pula adalah jenis ditangan kanan aku ada pen @ pensel dan aku jatuh 'cinta' dengan pen tersebut. Perasaan kagum dan obsesi terhadap pen tersebut akhirnya mendorong aku melahirkan masterpiece. Jatuh cinta itu depend, sama ada dengan perasaan memegang pen @ pensel itu atau kualiti pen @ pensel tersebut. Kalau 'feel' itu datang, maka get ready lah. Masterpiece boleh aku hasilkan dimana-mana. Diatas kertas, permukaan meja sains, dinding kelas, buku teks mahupun dibalik kertas ujian. Semuanya boleh selagi pen @ pensel itu mampu mengukir garisan.
Sampai dinding pun aku kerjakan. Huh! |
Tapi itu dulu... sekarang masih lagi aku gemar melukis namun agak jarang laa. Sebab tu masa aku layan Kasino, entah macam mana aku boleh terpegang pen. Nasib baik bukan buku Kasino yang menjadi tempat aku melunaskan nafsu. Kepala aku ligat mencari kertas, mataku juga meliar sama. Akhirnya kertas yang paling dekat aku rampas dan mula menconteng ibarat kuda kegersangan dan dah lama tak melampiaskan nafsunya.
Aku tak tahu sampai bila habit ini akan berakhir...
Ok lah, aku nak gi berak jap sambil membawa pen. Hopefully aku dapat conteng dinding jamban. Kalau tak, aku conteng atas tahi sendiri. Bye~
Ads : Plan yang menguntungkan?
mohon untuk ko berhenti melukis kt dinding umah aq,, nightmare oiiiiiiiii
BalasPadamKalau boleh, memang aku tak nak. Tapi aku tak dapat stop. Nak buat macam mana?? :O
Padambaca gak buku kasino?
BalasPadamEh, kan dah cerita dalam entri lepas? bukan kau ada komen kerr? hah! kantoi ko tak baca entri. Huhu~
Padammohon ko lukiskan wajah perdana menteri italy, da publish kat blog ko ni.hehehe
BalasPadamWajah perdana menteri italy tu tu pun aku tak pernah tatap lagi. Macam mana nak lukis? :/
Padam