Sabtu, 13 Oktober 2012

Hobi kebelakangan ini...

Hai semua!

Wow, sangat the very jarang ok aku nak greet korang. Biasanya aku akan terjun terus masuk intro tanpa membaca basmallah lagi. Ya, itu bukan typo dan aku rasa ramai yang tahu kot apa itu basmallah. Ianya bukan ilmu baru, tapi dah lama. Ada antara kita yang tak tahu jer. Basmallah tu adalah merujuk kepada perbuatan membaca bismillah. Bismillah itu adalah bacaannya sahaja. Macam menjerit, menjerit tu adalah nama perbuatan manakala "Aaarghh!!" itu adalah bacaannya. Takkan bila korang menjerit, korang sebut "menjeritttt!!!" kan? tak ker pelik serupa aneh namanya tu. Alamak aih, dah macam ustad laa pulak. Macam pakar motivasi pun ada. Eh?

Oh ya, mesti korang perasan yang aku jarang mengupdate dalam 2~3 hari nie kan. Maksud aku, korang yang follow up perkembangan blog nie laa. Kalau tak follow up, for sure lah tak tahu. Sebenarnya, aku bukan sengaja tak nak update. Bukan jugak sebab aku kering idea. Nak kata kering tu, tak laa sangat. Cuma lately nie aku lebih fokuskan masa aku untuk membaca novel berbanding update entri blog. Ya, aku baca novel so what? salah kerr aku nak baca novel. Wait wait wait, sebelum tu aku nak clearkan kat sini yang aku tak baca novel ombak ghindu, adam & hawa mahupun Twilight. Aku baca novel ringan jer, tak berat. Tak sampai pun 3 kilo kalau ditimbang pakai penimbang elektronik.


Sebenarnya minat nie bermula sejak tahun lepas namun terkubur macam tu jer lepas aku apply broadband. Kiranya lepas ada broadband, hobi nie tersadai ditepian pantai laa. Novel yang aku layan sekarang nie kira seken novel yang aku baca. Sebelum nie aku baca novel Pecah, karya Khairulnizam Bakeri dan serius aku rasa novel tu memang berbaloi untuk dimiliki. Plot penceritaannya sungguh menarik. Banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Cuma yang aku tak berapa nak suka pasal kejap imbas kembali, kejap ke susur masa sebenar tu laa. Sebab tu aku tak boleh putus baca. Kalau tak aku akan tertinggal beberapa keypoint penting dan ini sedikit sebanyak mencacatkan feel pembacaan novel tersebut. Novel tu dah lama keluar, macam aku kata tadi dalam tahun lepas rasanya.


Sekarang nie, aku sedang melayan Kasino. Juga dari syarikat penerbitan yang sama iaitu FIXI. Sudah tentu penulis yang berbeza. Kasino nie ditulis oleh Saifullizan Tahir dan terus terang aku kata, bila aku baca Kasino nie seolah-olah membuka minda aku ke ruangan dimensi yang berbeza. Bukan dimensi sebenarnya, tapi perspektif yang berbeza. Aku dah baca hampir separuh dan aku mula baca dari malam khamis lepas. Aku target dalam minggu nie aku dah habis baca. Dalam minggu depan, aku kira nak angkat satu lagi novel keluaran FIXI. Dalam kepala aku, aku target nak beli Zombiejaya. Tajuk pun macam best. Mengenai serangan zombie di Malaysia, mungkin.


Ok lah. Nak sambung baca novel balik. Aku dah getting hang on it. Tak nak lepas dari buku nie buat masa nie. Leave us alone. Aku nak memadu asmara bersama novel nie. Auww~

p/s : I'm sorry Miss S sebab terpaksa 'curang' denganmu. Huhu~

Iklan : Gatsby 5th Dance Competition

14 ulasan:

  1. fixi tu...aku dah baca dendam, murtad, ngeri, tabu....and nak tambah lg koleksi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku target nak baca Zombiejaya. Tapi dengar-dengar Cougar pun best gak. Huhu~

      Padam
  2. lu tak review pun? review sikit cerita pasal apa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat nak review. Tahi dah dekat. Kena berak dalam kadar mi segera. Sorry~

      Padam
  3. novel2 daripada fixi kan? novel2 daripada fixi memang terbaik bro.takdapat disangkal lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Feel dia sama naik basikal Fixie. Mengghairahkan~ eh?

      Padam
  4. cehhh . novel je pun . apa daaa . kehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau dah baca belum? kalau kau baca for sure kau nangis-nangis sorang-sorang dalam jamban. Sambil kesat tahi, kesat hingus dan lepas tu kesat air mata. Syiokkk!!

      Padam
  5. kalau aq karang novel. ko nak baca tak?? aq serius ni....

    *kasi review cket! aq nak taw gak apa yg menarik sgt tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau novel kau menarik, why not? hantar kat aku sample. Ko hantar kat sini mzneo89@gmail.com dan please, jangan hantar gambar bogel kau pulak. Aku tak nak Miss S salah faham. Aku ok jer. Eh eh?

      Padam
  6. kalau aq karang novel. ko nak baca tak?? aq serius ni....

    *kasi review cket! aq nak taw gak apa yg menarik sgt tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboih amboih amboih ko nie. Semangat sampai komen dua kali. Aku pun terpaksa reply dua kali sebab kau. Hishh!!

      Padam
  7. Dolok aku baca novel kenak tetak org ... sekarang ??? hahahaha ko bena2 dah berubah mizi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa tetak kawu? kawu baca novel apa? aku dah berubah? hahah. Baiklah. -.-'

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...