Jumaat, 26 Oktober 2012

Entri terakhir... :'(

Disaat entri ini ditaip, terasa perasaan sayu, sepi & syahdu yang tersingkap. Terasa kekosongan disatu dua tempat. Hati rasa resah, gundah dan tak tentu arah. Tika saat seluruh umat islam menyambut aidiladha, aku disini, duduk berseorangan, menyendiri, cuba untuk mengemaskini entri.

Sememangnya kita merancang, Allah yang menentukan. Jika itu yang dirancang oleh-Nya, aku berserah. Namun, tak pernah ku pinta ini semua, apatah lagi menyangka aku akan melaluinya. Ingin saja rasanya aku mengalirkan air mata sehingga banjir dan penuh bilik ini dengan air mataku. Rasa sedih dan belum bersedia untuk meninggalkan mereka-meraka yang aku sayang. Bahkan saat ini, air mataku mengalir tanpa kusedari. Menitik jatuh ke bumi.

Maafkan aku semua. Aku tahu aku banyak menyusahkan kamu, kamu dan kamu. Tak lupa juga kepada mereka yang menjagaku sejak aku masih kecil lagi. Tak mungkin dapat aku balas jasa mereka, tidak untuk masa yang singkat ini, tidak juga walau semua masa didunia ini aku yang punya. Setitis air susu ibu itu pun belum tentu aku dapat balas atau bayar. Namun aku tahu, mereka tak pernah minta itu semua.

Kepada korang yang sedang membaca entri ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa selama perkenalan kita. Aku tahu kadang-kadang aku juga agak menjengkelkan. Maafkan aku semua. Sejujurnya, aku tak reti nak meminta maaf. Aku cuma harap korang maafkan aku. Tak lupa juga kepada rakan-rakan didunia sebenar. Aku akan ingat kamu semua. Bilakah lagi kita dapat berjumpa? tak apa, aku tunggu kau semua di"sana".

Kepada si dia yang ku cinta, aku tahu kau sedang membaca entri ini. Kalau boleh, ingin ku jerit dan katakan kepada seluruh dunia betapa kau yang aku cinta. Seluruh jiwa ragaku, ku serahkan segala. Aku masih ingat lagi harapan dan angan-angan yang kita bina. Ya, kita ingin bina keluarga bersama. Tak pernah ku lupa. Tapi, seperti yang ku katakan tadi, sang Pencipta merancang segalanya. Andai memang tiada jodoh kita, aku harap kau halalkan segala. Dan aku pinta, aku jangan pernah kau lupa. Biarlah aku menjadi memori diantara memori-memorimu yang terindah. Biarpun perkenalan kita agak singkat, namun banyak yang aku rasa dan lalui bersamamu. Kau lah menjadi pengubat dikala duka, dan peneman yang setia. Kau lah tempatku bermanja. Aku ingin berterima kasih kepadamu kerana memberi aku peluang untuk merasa ini semua. Pemergianku nanti jangan lah kau tangisi. Kau pergilah cari teman pengganti. Teman yang dapat menemanimu lebih baik dariku. Janganlah dikenang aku yang pergi. Apa yang aku ingin, aku sentiasa hidup dalam memori. Tak pernah mati...

Maafkan aku semua... maafkan aku...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

yang benar,
Kambing.


Aku yang keresahan...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA SEMUAAA!! :D

4 ulasan:

  1. ko pernah alami situasi dimana lobang hidung ko disumbat dengan tapak kaki kambing tak? hahahahaha.. buat suspen pagi2 raya ni je!! hahahahaha..siot la ko... selamat hari raya bro!!

    BalasPadam
  2. eeeiii malas kmk ngan ktk. xmok date ngan ktk gk. kbye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alalala~ boh camya pleaseeee. Sori sori. Huu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...