Rabu, 31 Oktober 2012

Aku benci kau abam Boni!!

Arghhh!!!

Kenapa? kenapa jadi macam nie? aku respect kau, tapi kenapa ini yang kau taburkan? apakah dosaku? adakah kerana aku tak menerima lamaranmu kau buatku jadi begini? kenapa abam Boni, kenapa?!!

Tak perlu aku cakap banyak. Lihat jer gambar dibawah. Biar gambar menceritakan semua.


"Setiap gambar, ada lagu..." -Yunam-
Sebenarnya, aku nak ucapkan terima kaseh kepada abam Boni Kachak kerana telah memilih blog aku, Mangkok Jamban 2.0 sebagai blog pilihan minggu ini. Aku pun tak tahu minggu mana yang dia mention sebab aku baru perasan tadi. Sejujurnya, aku tak expect benda macam nie. Aku tak sangka pulak blog aku menjadi pilihan beliau. Ya, memang benar dia merupakan seorang pengunjung setia blog nie. Korang tengok jer komen-komen lepas, muka die jer yang komen. Komitmen giler. Kalau aku perempuan dan single, dah tentu aku nak abam Boni jadi boipren aku. Aww~ tapi malangnya aku tak. Maafkan aku abam Boni. I'm not single and i'm not gay.

Dikesempatan nie gak aku nak ucapkan terima kaseh yang tak terhingga kepada beliau sebab sentiasa ada memberi sokongan. Sejak dari blog aku yang lama lagi, Blog Miziey. Selain itu, ada jugak tapir-tapir blogger lain yang sespesis beliau seperti Ajewan, Nisa gay, Amy boolatt, Mr. Ketibas, Ezad dan Miss S (yang nie tak payah mention lah, dia sentiasa support aku dalam banyak benda. Tenkiu syg~ :')). Biarpun panas terik, hujan lebat, ribut 'Sandy' yang menyinggah, korang tetap ada. Aku betul-betul terharu. Biarpun tak ramai, tapi korang dah cukup memeriahkan blog aku. Rasa nak ceret sambil nangis jer sekarang nie.

Dah lah. Berjujuran air mata aku masa taip entri. Dari tadi aku kesat, aku lap, aku mop tak jugak kering-kering. Thank you, thank you everybodieeeyy. Tsk... tsk... tsk...  :')

12 ulasan:

  1. kami cintakan blog boni kacak. tapi blog x di review lagi. next time kot

    BalasPadam
  2. ok memg best jd blog pilihan....huhu

    BalasPadam
  3. hehe tahniah ye.. keep moving up! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Together gether we moving up. Hik3. x)

      Padam
  4. hahaha, menci tp sayang kan :)
    tahniah la jd blog pilihan hati abg boni

    BalasPadam
    Balasan
    1. menci tapi sayang?
      lalalalalala~ tak tahu.
      thank you btw. Hehe~

      Padam
  5. hahahahaha... jeles miss s kang ni.ehehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboih~ tak kan la sampai jelessss. xp

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...