Khamis, 11 Oktober 2012

Hari terakhir...

Hari nie cuaca agak cerah ditemani sang suria dengan pancaran nya yang terang benderang, namun kepanasannya masih ditakat medium. Oh, indahnya rasa. Walaubagaimanapun, jalan masih lagi licak, berlumpur dan menyukarkan perjalanan disite especially kepada orang macam aku yang mana but yang aku pakai, bukan khas untuk berlari-lari berkejaran disite. Lumpur bukanlah temannya. Apatah lagi lopak air. Disebabkan but aku takut-takut untuk memijak bumi, maka perjalanan aku menjadi sukar. Terpaksa berjalan dengan penuh control ibarat seorang model tapirwalk yang sedang memperaga bra hiasan terbaru bertemakan harimau bintang.

Sungguhpun begitu, ku gagahi jua. Ombak badai ku tempuhi. Lorong berliku ku lalui. Ribut pasir ku hadapi. Semuanya demi untuk membuat lawatan rutin dipagi hari iaitu melawat tapak yang tercinta. Pui! satu ludahan tepat ke dalam parit mengenai katak yang sedang asyik berak. Tercinta? sejak bila?


Sebenarnya hari ini bukanlaa seperti hari-hari biasa. Kerana hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja disini. Sekurang-kurangnya bekerja dengan syarikat ini. Ini kerana aku telahpun mendapat tawaran bekerja dari syarikat milik jepun dengan tawaran yang lagi hebat dan da boom. Ini lagi menguatkan nafsu ku untuk meninggalkan syarikat ini, beserta segala masalah yang menyelubunginya. Ya, itu merupakan sebab utama kenapa aku nak berhenti pada permulaannya. Masalah? "Man, masalah itu dimana-mana sahaja ada. Bahkan tika kau berak pun ia akan datang juga" getus sahabatku yang sudah jemu dan lali dengan masalah duniawi. Memang benar katamu itu, rasa nak tampar muka kau pakai selipar pun ada kerana aku tahu tersisip disebaliknya kebenaran yang tak dapat ku nafikan. "Tapi kau tak rasa apa yang aku rasa bro" balasku. "Aku rasa ibarat diluah mati anak, ditelan mati bapak, dibiar, mati pucuk" sambungku. Entah sejak bila aku pandai bermadah kata. Mungkin bakatku ini telah lama ada sedari dibangku sekolah lagi. Cuma aku sahaja yang tak perasan. "Ikut kau laa, kalau aku cakap itu ini begitu begini pun tetap kau tak akan dengar. Aku kenal sangat perangai kau nie. Kita kan biasa berak bersama" jawab sahabatku yang sudah siap sedia untuk lari kerana dia tahu, aku akan mengejarnya dan menampar mukanya dengan bontotku sehingga aku rasa puas. Kerana itu, dia lari.
"Tak payah nak hepi sangatlaa ..." they said

Kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku dan bontotku masih lagi berdenyut-denyut kerana tak puas hati sebab belum sempat menampar dia hari itu. Namun, aku masih berdiri disini dengan gagah, tampan dan kacak. 4 bulan. Ya, 4 bulan aku menanti, bersabar, pasrah dan cuba untuk bertahan. Bermacam-macam cara dan skill telah aku gunakan untuk tetap bertahan disini. Sehinggalah ke hari ini. Hari terakhir aku bekerja dan berkhidmat disini.

Apa-apa pun jua. Disebalik kepahitan dan kekusaman yang dilalui, aku ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab kenapa aku berada disini. Tanpa mereka, aku mungkin tak akan dapat mengutip pengalaman bekerja ditapak seperti yang aku ada sekarang. Dalam 4 bulan ini, banyak membuka mindaku dan menambah ilmuku didalam kerja-kerja ditapak bina. Benar, dulu aku pernah belajar mengenai perkara ini namun apa yang dibelajar dan apa yang dipraktik itu sungguh jauh berbeda. Apa yang aku belajar sekarang, tahun depan aku lupa tapi tidak dengan pengalaman. Apa yang aku lihat, aku buat, aku dengar, dan aku rasa selamanya aku akan ingat. If my memory serve me well. Segala kesilapan dan mistake yang dilakukan disite, akan aku jadikan iktibar hidup. Supaya aku tak akan mengulanginya lagi walaupun bukan aku yang melakukan kesilapan itu dulu.
Bye~

Dah lah, rasa nak berak pulak. Malas laa nak sambung lagi. Patut laa aku tak jadi penulis novel sehingga ke hari ini. Ok, jamban memanggil. Gotta go. Bye~

Aku bebassss!!! >.<

8 ulasan:

  1. boleh tahan jak karangan kau tok mizi..haha

    BalasPadam
  2. boleh spon mkn kt ciken hurtsss tok, hahah! xD

    BalasPadam
  3. mohon kau calit taik kau kat individu berkenaan seperti mana yang kita planning bersama haritu..buat2 salam.hahhahaha

    BalasPadam
  4. kehkeh . last day setory hangit kau spoil ngn berak .

    BalasPadam
  5. @Tanpa Nama Terima kaseh encik Tanpa Nama...

    BalasPadam
  6. @cik fizah Ciken Hurtsss? bukan Pizzah Hurtsss? eh eh? ;P

    BalasPadam
  7. @boni kacak Heheh. Baiklah abam Boni. Jap2, berapa banyak taik yang perlu dicalit? heheh.

    BalasPadam
  8. @CekbOlat-bOlat Heheh. Berak itu perlu. Kene laa mention. Huhu~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...