Jumaat, 19 Oktober 2012

Kembali pulang

"Kekasih yang dulu hilang,
kini dia telah kembali pulang,
akanku bawa dia terbang,
damai bersama bintangg..."

Peh! kejiwangan mula melanda hati, limpa dan pankreas aku. Nasib baik buah pinggang pun tak efek sama. Haduii. Entah macam mana lagu dendangan Kangen Band bertajuk Kembali Pulang nie secara tiba-tiba menerpa. Bagaikan dirasuk hantu Kak Limah, aku mula menari gangnam. Tapi berlatarbelakangkan lagu tersebut laa.

Semakin kuat lagu dinyanyi, semakin ligat aku menari. Peluh-peluh mencurah-curah ibarat air dicurah ke daun keladi. Aku tak dapat berhenti. Tak selagi lagu tu tak abis main. Apa yang menjadi masalahnya, aku set player winamp aku untuk ON shuffle dan ON repeat tapi dalam playlist ada satu lagu tu jer. Sampai bila aku nak menari gangnam nie? otot-otot dah mula longgar disatu dua tempat. Nampak sangat aku nie dah berusia. Ish3.


Sebenarnya bukan apa. Nie semua gara-gara Miss S nak balik. Oh, betapa aku merindukan dia. Seperti pungguk yang merindukan kueh bulan. Begitu jugak aku. Tak sabar nak jumpa Miss S. Kali terakhir aku jumpa dia, masa cuti raya tempohari. Eh, bukan tempohari, tapi tempohbulan. Kira ada dalam 2 bulan dah aku tak jumpa dia. Kalau 2 bulan tu bulan Februari takpe laa jugak. Advantage laa sebab ada 29 hari jer. 2 bulan baru 58 hari jer. Huu~

Malam nie tak dapat laa nak calling calling. For sure takde line punya. Plus die dalam bas, tak best laa nak bergayut dan bermanja-manja. Nanti tak pasal-pasal orang sebelah dia muntah hijau mendengar perbualan kitorang. Jeles lettew~ tapi itu pun secara tak langsung akan melambatkan perjalanan die pulang. Takpe laa, demi Miss S, tak calling malam nie pun takpe. Janji lusa nanti aku dapat jumpa dia. Ishh, lame dah tak dating. Mesti aku malu-malu tapir lepas nie. Baik aku bawak sekali topeng otromen bersama. In case aku malu, bole la cover kan.

Apa-apa pun, aku berharap dia selamat sampai. Semoga tak ada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan dan hopefully cuaca pun turut ikut sama memastikan kelancaran perjalanan.

Kataku sambil duduk diatas mangkok dan berak  dengan konfiden

Ok lah, aku nak pergi mandi. Nak berak sekali lagi. Hari nie aku rasa sangat produktif. Banyak tahi yang aku derma kepada mangkok jamban. Nie pun ada rasa-rasa macam nak terkeluar dah. Orite, until next time. See you soon. By the way, jangan lupa komen. Siapa tak komen, dia berak tak basuh plus die pondan. Lalalalalala~

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ye la ye laa. Nak berak aa lepas nie. Huu~

      Padam
  2. bad mood, bace blog ni terus gelak hahaha, santai ayatt ko

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? aku ingat ko cakap bad mood bila baca entri nie. Heheh. Oh, aku gembira sebab berjaya menggembirakan seseorang. Terima kaseh daun keladi, next week datang laa lagi. Heheh.

      Padam
  3. wah ~ untung la ada Miss S... aku ni asek single je...sorg pon x maw melekat..jadah toii.... eh~ aku dah 2 bulan x berak... mungkin kene produktif mcm kau kot bru dpt awek sedas dua... =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer, aku sarankan kau makan nesvita 12 kali sehari. Baru la kau jadi 'produktif'. :D

      Padam
  4. Miss S sudah kembali, apa macam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam laaa. Nak dating dengan Miss S. Huhu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...