Hari nie aku nak citer pasal Looper. Korang yang dah tengok, diam-diam jer ah. Shhh. Aku nak spoil bagi yang belum tengok lagi.
Face your past, fight your future |
Looper, dari nama tu agak-agak apa yang bermain difikiran korang? aku masa first time dengar tajuk nie aku terus luper, tak ingat ape-ape. Heheh. Siesly, memula aku ingat filem nie pasal orang yang ada power boleh lompat-lompat. Ye la, loop la katakan. Itu yang aku sangka.
Apa yang bestnya pasal filem nie, intro die jer dah tunjukkan apa itu Looper. So, better fokus lebih diawal citer sebab kalau korang miss, korang tak kan tahu dan faham amende Looper nie sebenarnya. Bila tengok opening scene, aku terus ingat kat Jumper. So, Looper nie macam Jumper laa. Thats what i thought, tapi bukan sebenarnya. Tidak sama sekali. Dua kali ataupun tiga belas kali pun tidak.
Tahun 2044, Amerika Syarikat mengalami kemerosotan ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya masalah sosial yang teruk serta meningkatnya jenayah terancang. Lebih teruk lagi, 10% dari populasi masa tu memiliki TK, iaitu kuasa telekinesis (seperti yang dimiliki oleh Jean Gray dalam X-Men). 2074, mesin masa telah wujud namun penggunaannya diharamkan. Masa tu jugak, teknologi dah maju. Sistem pengesanan badan pun dah ada menjadikan ianya sesuatu yang agak sukar dan hampir mustahil laa bagi penjenayah untuk menghapuskan orang yang mereka nak hapuskan secara rahsia. Jadi, disini laa looper memain peranan.
Looper nie sebenarnya pembunuh upahan (pada tahun 2044) yang dibayar dengan perak (silver bars) yang diikat pada mangsa yang mana mangsa sebenarnya dihantar dari masa depan (2074) yang ingin dihapuskan oleh penjenayah. Senang nak faham, looper nie adalah satu profesyen. Kerjanya bunuh orang dari masa depan dan dapat bayaran secara tunai yang diikat pada mangsa. Faham setakat nie?
Joe Simmons (Joseph Gordon-Levitt) merupakan seorang looper milik sebuah kompeni Mafia di Kansas. Die punya bos, Abe dihantar dari masa depan dan dia ada seorang awek, Suzie yang mana dia selalu luangkan masa bersama. Part tu aku tak nak cerita lebih, lets cut it short. Satu hari, rakannya Seth, juga seorang looper sedang melarikan diri dari Gat Men. Gat Men ni merupakan sekumpulan orang yang diupah untuk mengawal loopers. Seth melarikan diri kerana dia teragak-agak untuk membunuh sasarannya yang mana dia tahu masa tu merupakan dirinya sendiri dari masa depan, 30 tahun dari sekarang. Gagal untuk membunuh target atau sasaran bermakna mati untuk diri sendiri. Sebab tu Gat Men cari Seth untuk dibunuh kerana membiarkan sasarannya terlepas, dalam kata lain, tak mati.
ok, muke die tak sama |
Sebelum Seth yang muda mati, ketika melarikan diri ke rumah Joe, dia ada bagitahu yang Seth dari masa depan ada citer mengenai Rainmaker, seorang lelaki yang mengambil alih kuasa Mafia dimasa depan. Namun, dimasa depan, Rainmaker merancang untuk menutup loop dengan cara menghantar looper dari masa depan dan bagi kepada diri mereka sendiri, 30 tahun yang lalu.
Nak dijadikan cerita, Joe juga tak terkecuali. Dia telah ditugaskan untuk membunuh Joe (Bruce Wills) dari masa depan. Namun, Joe yang lebih tua berjaya meloloskan diri. Later on, kedua-dua Joe berjumpa disebuah kedai makan, tempat favourite Joe dan order menu yang sama. Joe yang tua memberitahu Joe bahawa Rainmaker menghantar dirinya untuk dibunuh dan pada masa yang sama, isteri (joe tua) telah dibunuh in the process. Jadi, Joe tua menggunakan mesin masa untuk kembali ke masa lalu dan merancang untuk membunuh Rainmaker yang masih kecil. Pertemuan kedua-dua Joe jadi lebih teruk apabila Gat Men muncul dan end up dengan kedua-duanya melarikan diri, membawa haluan masing-masing.
Sebelum melarikan diri, Joe sempat mengambil peta milik Joe yang tua dan akhirnya membawanya ke sebuah rumah ladang milik Sara (Emily Blunt) yang tinggal bersama anaknya, Cid. Joe ceritakan semuanya kepada Sara dan kemudian menawarkan diri untuk melindungi Sara dan Cid, sekaligus membunuh Joe yang tua sekiranya dia memunculkan diri.
Dan lepas tu...
Opps! terlalu banyak dah yang aku spoil. Tinggal korang nak tengok lagi 30 menet. Heheh. Sies, bagi aku citer nie best & layak mendapat cop tonton-again. Rasa nak tengok lagi arr. Korang yang minat sci-fi harus tonton citer nih.
thumbs up!
BalasPadamtwo thumbs up! ;D
Padamflyy flyyy
BalasPadamEh? nape?
Padamkena tengok nih!
BalasPadamSila tonton please!! huhu~ :)
Padam