Jumaat, 26 Oktober 2012

Demam...

Brrr... aku merasa kesejukkan. Setiap inci reseptorku mula memberi signal cold. Padahal badan terasa panas. Mungkin ini yang dinamakan cinta. Eh, bukan. Maksud aku ini la yang cuba cikgu fizik aku dulu ceritakan. Iaitu mengenai keseimbangan suhu. Diluar panas, didalam sejuk. Ibarat lagu Katy Perry, Hot and Cold. Ya, cikgu Sam, saya masih ingat apa yang cikgu ajar (saya rasa laa).


Rasanya, ini laa sambutan hari raya qurban yang aku tak berapa nak sambut disebabkan aku diuji dengan demam ini. Sejak malam tadi, eh bukan. Malam sebelum tu, aku dah mula menunjukkan simptomp simptomp demam. Mula-mula tu aku bersin 3 kali berturut-turut. Normallly, kita hanya akan bersin satu kali sahaja tapi bila dah 3 kali, ini menunjukkan ada something wrong somewhere. Aku mula suspek aku demam. Keesokkan hari, yakni semalam, aku turun kerja seperti biasa. Tapi keadaan aku masa tu ada lain sikit. Belum teruk tapi badan aku mula rasa sejuk-sejuk. Tak selesa.


Petang semalam, on the way balik ke kampung halaman. Maksud aku balik ke rumah, aku rasa ok jer. Malah aku turut ikut serta dalam peraduan berbalas teka-teki bersama staff. Ok, staff tempat aku kerja ada gila-gila sikit. Tapi yang bestnya, tak sampai seminggu pun aku kerja, aku rasa macam aku dah lama kerja dengan dieorang. Penerimaan dieorang terhadap staff baru sangat memberangsangkan. Dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi mood aku untuk bekerja. Aku gembira sebab aku boleh bekerja dengan hati yang tenang dan cekal. Sebelum ini bukan tak tenang, tapi ada seorang dua individu yagn aku tak berapa nak berkenan dihati. Annoying tahap tikus rumah. Buat aku rasa benci.

Eh, melalut la pulak cerita nie. Nie la sebab kenapa aku tak layak jadi director. Idea, imaginasi, dan pengembangan setiap watak tu dah ok, cuma bila part storyline dan plot, mesti aku mudah nak kelaut. Haduii~ kita sambung balik ok. Malam semalam keadaan mula getting from bad to worst. Masa tu confirm aku demam. Walaupun aku bukan seorang doktor yang bertauliah, dari keadaan aku masa tu, aku boleh agak yang aku demam. Panas woa~ lebih hangat dari biasa. Bila aku baring, lantai pun rasa panas padahal aku baring atas katil. Nampak tak, betapa nya aku tipu. Takde la sampai macam tu, tapi badan panas aa.

Pagi tadi aku terjaga. Pukul 3 pulak tu, aku text Miss S tapi takde reply. Aku assume dia tido. Mungkin dalam pukul 4 lebih macam tu baru dia bangun. Sebab sebelum nie die apa cakap kalau pagi raya, biasanya dia dan mak mertua aku, eh maksud aku maknya akan masak apa yang patut instead of masak dimalam raya. Tapi pukul 4 tu, aku pulak tertidur balik. Yang tak boleh blah nya, pagi tadi aku siap boleh update blog lagi. Heh! nampak tak komitmen aku disitu. Sanggup woa~

Tapi lepas tidur dekat pukul 4 camtu (aku rasa laa) aku dikejutkan pukul 7 suku. Aku ingat staff datang nak amik aku turun kerja, tapi bila fikir balik baru aku ingat hari raya. Orang rumah dah prepare kot nak bersembahyang raya. Aku, mandi pun belum. Masih lagi berbungkus diatas katil ibarat belacan dan bungkusannnya. Jadi aku keseorangan. Tapi tak laa terlalu keseorangan sebab pagi tadi Miss S ada miss call. Aku tahu mesti dia call tapi masalahnya fon aku atas meja. Nasib baik fon digi ada kat sebelah aku, pura-pura pengsan. Lepas tu aku call dia, agak lama laa kitorang berbual. Nampak macam serius, perbualan mengenai masa hadapan. Ye la, plan die petang tu nak pergi ke rumah member, ada open house. Aku kata aku tak dapat datang, die kate ok. Tapi aku rasa ok tu... hmm.. takpe lah. Kita teruskan penceritaan sehingga scene seterusnya.

Long story cut short, sebab aku rasa dah panjang sangat entri aku nie, hari aku diisi dengan online, main dota dan tidur. Aku tak tau berapa kali dah aku tidur hari nie. Walaupun tidur sekejap-sekejap, tapi terasa lama. Macam berbulan lamanya. Peh! Tapi yang membuat aku befikir dua tiga jenak nie, mimpi aku tak akan lari jauh . Mesti ada autocad (mungkin sebab aku baru masuk kerja jadi drafter) dan Miss S. Ya, dalam mimpi aku ada Miss S. Tapi bukan mimpi basah. Amboi3~ korang nie, pantang dengar perkataan mimpi jer. Hishh!

Dan sekarang aku baru bangun, dan tunggu air dari heater masak. Aku nak mandi. Aku tak dapat tahan kesejukkan air paip sekarang nie takut jadi macam petang tadi, aku mandi pulak. Lepas tu panas tu datang balik. Hmm. -.-'

Right now, aku perlukan someone. Aku perlukan Miss S. Agak-agak die bizi tak? hurmm.

Ok lah, heater aku dah jerit-jerit. Nak gi mandi dulu. Babai~

10 ulasan:

  1. hehehe.. btw, semoga cpat sembuh ye... G la beraya.. ^~^

    BalasPadam
  2. i'm here for you babe~ :')

    BalasPadam
  3. semoga cepat sembuh..^^kesian..

    BalasPadam
  4. mohon cepat sembuh bro. telan 30 bijik panadol terus.hahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish. Kenapa tak telan sekali dengan paket panadol tu? waaaaa~ abam Boni, sila biaya charge perubatan aku dekat hospital pakar. Ko ada dapat duit raye kan? Huhu~

      Padam
  5. kau raya dgn demam ke mijii ? hewhew . dh boleh bawak kawinn ni . demam rinduuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee~ ada pulak macam tu. Demam rindu? mungkin kott. Tak, aku memang demam aa. Harini dah ok sikit. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...