So, hari nie aku nak cerita kembali pasal anagram nie. Haritu aku ada layan 9GAG dan ianya sedikit sebanyak mengingatkan aku pasal entri anagram aku. Sebelum aku bermula, tahukah korang apa itu anagram? siapakah anagram itu? lawyer? dokter? tuan tanah kedaun? majistret?
Sabar, aku baru nak bagitau...
Anagram adalah sejenis susunan kata dari satu perkataan yang lain menjadi satu perkataan lain yang bermakna tetapi menggunakan huruf-huruf yang sama. Anagram pertama yang menjadi penyebab kenapa aku membuat mini research pasal nie adalah semasa aku menonton filem Hari Putar dan bilik rahsia. Ada satu scene dimana Tom Riddle lukis nama beliau diatas udara. Dia lukis tapir. Eh, taklah. Dia lukis namanya sendiri, full name ikut ic, TOM MARVOLLO RIDDLE. Lepas tu, nama tersebut berubah secara sendiri sambil menari zapin diudara dan bertukarr!! jadilah "I AM LORD VOLDERMONT". See? huruf yang sama tapi jadi satu perkataan berbeza.
Ok, aku assume korang masih blurr dan tergaru-garu bontot yang tak berapa nak gatal. Biar aku bagi beberapa contoh lagi. Sila lihat dibawah ye anak-anak,
Mary jadi Army
Santa jadi Satan
Male jadi Lame
Game jadi Mage
Bear jadi Bare
Faham tak?
Itu hanyalah contoh mudah. Ada lagi contoh yang panjang macam The Mona Lisa = Oh Lame Saint, Leornado Da Vinci = O Draconian Devil, William Shakespeare = I am a weakish speller dan lain-lain lagi. Kalau nak senang faham, anggap korang sedang bermain Scrabble atau Sahiba dimana korang akan ada satu set huruf dan korang perlu terbitkan kata yang bermakna dari huruf-huruf tersebut. Lebih kurang macam tu laa anagram nih.
Banyak anagram yang boleh dibentuk |
Anagram ni boleh dikatakan sejenis permainan. Tapi seringkali jugak anagram ini dijadikan sebagai kod. Dimana kod terhasil dari anagram nama seseorang, nama tapir jiran, jenis tuala wanita atau apa-apa sahaja lah. Hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu. Anagram ini juga dikaitkan dengan Pseudonym. Pseudonym, mengikut wiki merupakan nama individu atau kumpulan yang digunakan untuk tujuan tertentu tapi berbeza dengan nama sebenar. Macam aku, pseudonym aku adalah Neo tetapi nama sebenar aku adalah Salman. Aku sebab mengapa aku memilih Neo. Ingat lagi isu J.K Rowling yang mana rata-rata penduduk bumi ingatkan seorang lelaki? sebab dia tak guna nama sebenar. Itu lah pseudonym. Ok ok, tak nak cerita panjang pasal tu, back to anagram.
Antara anagram (pseudonym) yang digunakan oleh sesetengah orang adalah,
Edward Gorey = Ogdread Weary @ Regera Dowdy @ E.G Deadworry
Jim Morrison = Mr. Mojo Risin
Bryan Waller Procto = Barry Cornwall, poet
Dave Barry = Ray Adverb
Vladimir Nabokov = Vivian Darkbloom
Inane rubbish? heheh |
Itu antara contoh pseudonym yang diambil dari anagram. Selain itu, anagram pun turut digunakan untuk tajuk contohnya,
Rocket Boys = October Sky
Imogen Heap = iMegaphone
King's Lead Hat = Talking Heads
Hamlet = Amleth
Meditation = A Dot in Time
So, faham tak sekarang? mesti korang blurr kan? takpe, slow-slow. Nanti korang faham laa. Hehe. Last time aku ada tanya dekat blog aku siapa tahu Libye Gizmo tu anagram dari mana, then rata-rata dieorang tak dapat jawab dengan tepat. Heheh. Sebenarnya itu adalah anagram dari nama blog aku iaitu Blog Miziey.
Kat mana nak cari nie? |
First ~ Rupenye nama kaw Salman ek ku pk lah Mizi aka Miji cikades hahaahhahaa
BalasPadamAnagram pun adalah salah satu nama deck skateboard yg famous di pasaran sekarang
BalasPadam@Azreen (ONN) Abdul Rani Kau telah mendefeatkan purpose pseudonym aku Onn Azreen. Ya, namaku Salman tapi orang panggil aku Melly. Aku suka garu bontot dihadapan khalayak ramai. Gemar memakan ubi kayu. Masih single dan berbulu lebat dibahagian sensitip. Tak memilih jika ada tapir yang suka. Aku hot. ;)
BalasPadam@Azreen (ONN) Abdul Rani Ana Raffali pula seorang penyanyi yang famous didalam industri tempatan sekarang. Siapa tak kenal Ana Raffali?
BalasPadam