Aku pergi mendapatkan modem broadband. Aku cucuk ke dalam usb port. Laptop mula mengerang. Beberapa saat kemudian keluar autoplay pada skrin. Aku tekan butang pangkah. Aku double click pada icon Maxis Broadband. Kemudian keluar satu kotak berwarna hijau. aku terus click pada connect dan browser pun secara automatiknya terbuka. Aku buka facebook dan blog,
Mataku terbaca update dari page Manchester United. Oh ya, baru aku ingat. Malam nanti ada match antara Newcastle United menentang Manchester United. Aku tersenyum. Semalam aku ada post status dan tag salah seorang memberku. Dia peminat tegar Newcastle United. Mungkin tidak terlalu tegar tapi sekurang-kurangnya itulah yang dia akui. Aku pun begitu juga, minat Manchester United tapi tidak lah terlalu tegar sampai menitis air
Teringat pula aku, dah 2 hari Astro tak berfungsi. Kenapakah? kali terakhir aku lihat, aku syak servis masih ada. Dan aku rasa aku tahu apa sebabnya. Mesti disebabkan oleh pokok mangga didepan rumah. Dulu pun pernah terjadi macam ini dan lepas dahan yang mengganggu reception dipotong, Astro kembali berfungsi seperti sedia kala. "Macam mana nak tonton match malam nanti kalau terus-terus macam ni?" getus ku sendirian. Kemudian aku nekad nak potong sendiri dahan pokok tersebut. Lantas aku pergi dapatkan gergaji. Aku serius, walaupun pengalaman bersama gergaji hanya sekadar ditahap lab kayu ketika di Poli dahulu, aku nekad juga ingin memotong dahan tersebut.
Aku berdiri didepan pokok selama 2 minit. Kepala sedang ligat memikirkan macam mana nak memanjat pokok tersebut. Lagipula dahan agak besar juga. Aah, MU punya pasal, go head jer lah. Aku mula panjat pokok ibarat spiderman dan mula potong dahan tersebut. Baru jer potong, seekor dua semut api mula merangkak-rangkak ditengkuk, dekat betis, atas bahu dan mula menggigit manja. Arghhh!! kurang asam punya semut api. "Tak boleh gigit kuat lagi ker?" aku mula mencabar semut api dan memanggil mereka pondan. Tak lama selepas itu aku dengar bunyi seakan-akan hentakan kaki seperti askar yang sedang berkawad. Bila aku lihat ke bawah, rupanya semut-semut api tersebut telah memanggil back up forces. Jika di zoom in, semut api tersebut rupanya sedang bershuffle sambil menyanyikan lagu gangnam style. Pelik sungguh perlakuan semut api ini. Walaubagaimanapun, misi harus diteruskan. Dahan harus dipotong habis.
Johnny, semut api yang menyerang aku. :( |
tak lama lagi... few minutes to go... ;)
sanggup digigit semut api tu..hahahaha.. nasib MU menang. kalau tak aku tak tau la apa nasib semut2 tu.hakhakhak
BalasPadam@boni kacak Betul gak ko cakap tu abam Boni. Kalau MU kalah, mungkin aku bakar pokok mangga tuh. Hahah. xD
BalasPadamlah . pasal semut rupanya, mangkok beteii
BalasPadamahaha, nasib x bengkak tempat kenak gigit ya. :p
BalasPadam@cik fizah Kat perut da laa kesan kit, tapi siklaa bengkak gilak. Kedak lekak kenak gigit nyamok jak.
BalasPadam@CekbOlat-bOlat Sakitlah hoi! huhu~ ;P
BalasPadam