Khamis, 31 Oktober 2013

Persiapan musim depan

Perghh! semalam guwa ada dengar satu berita hangat. Bukan rumors lagi mahupun kabar angin. Ini dah disahkan sohih. Kabo nye pasukan Sarawak FA beli bekas kapten pasukan Bayer Leverkusen, Manuel Friedrich. Berusia 34 tahun. Player berprofil tinggi. Hensem dari Guy Bwele. Defender terbaik yang kononnya pernah "perang" dengan Messi, Alexis Sanchez, Miroslave Klose, Gerard Muller dan banyak lagi lah bintang-bintang kejora dari kelab gergasi. Dengarnya Friedrich masok Bwele keluar sebab limit kuota. Tara pa. Haritu Bwele main pun banyak bola lepas. Mengantuk mungkin. Tapi, nak kutuk lebih-lebih pun tak boleh. Bwele pun dah sama-sama membantu angkat pasukan Sarawak FA nih. Syabas diucapkan buat G. Bwele dan guwa harap beliau tabah.

Friedrich sebelah kanan. Abaikan pemain sebelah kiri tu. Tak penting. Sumber gambar, Pesbuk.

Selain M. Friedrich, ada 7 orang lagi yang bakal memantapkan barisan pasukan musim yang akan datang. Tadi guwa ada salin dari pesbuk. Jap ah, guwa lekat kat bawah ni.

1. Rashid Aya (Johor FA)
2. Reeshafiq Alwi (PKNS)
3. Mohd Lot Abu Hassan (PKNS)
4. Mohd. Fadzley Abd Rahim (Pos Mal)
5. Rison Ak Laes (Piala Presiden)
6. Morris Jagan (Marr SC)
7. Manuel Friedrich (B.Levekusen)
8. Paul Sambang (SEG Fc)

Lepas ni guwa pakat nak sapot Sarawak FA macam guwa sapot Menyu. Bukan setakat sapot bila menang dan bila kalah, mula la nak caci maki hina dina perli merli. Sikit-sikit dah ahh (ehhh???). Walaupun Menyu sekarang ditangga ke-8, guwa masih berharap dan percaya dekat Moyes. Guwa yakin Moyes mampu bawa Menyu ke pangkal jalan. Jadi champion mungkin agak mustahil tapi cukup la sekadar balik masok top four. Atleast kurang la sikit kata-kata nista dan suara-suara sumbang yang sangat gumbira bila Menyu tumbang. Peh! guwa pun sembangggg ahhh. Cakap sudah macam Ajibbb ahhh. Manyak sengattddd ahhh. Okayyy ahhh. Byee ahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...