Isnin, 14 Oktober 2013

Semalam yang gilaaa

Jam dah 1:30 pagi. Dikala ini keadaan sekeliling memang sunyi sepi. Kentut pun boleh kedengaran 5km. Angin bertiup dingin. Terasa geli pabila bulu-bulu ketiak ditiup olehnya. Aku baru sampai rumah. Duduk setelah menghabiskan lebih kurang 11 jam untuk "unexpected plan". Gila. Sangat gila.

Semuanya bermula tengahari semalam apabila aku decide untuk lepak bersama Miss S dan membernya. Mulanya aku ingatkan lunch jer macam biasa, tetapi tak sangka member dia boleh plan something yang memang tak dijangkakan. Tak mustahil, cuma tak jangka. Dia ajak pergi ke Miri. Incase korang takde idea, perjalanan dari hometown aku, Bintulu ke Miri cincai-cincai pun makan 2 jam.

Plan asal adalah sebab nak tengok wayang. Yer, demi nak tengok wayang, kitorang sanggup. Sebab dekat hometown kitorang, tayangan pawagam adalah sangat bullshit dan tak up to date. Kalau ada pun cerita latest, hanyalah cerita cina local. Jadi, nak tak nak kena la pergi ke next best nearest hometown. Itupun 2 jam perjalanan macam yang aku mention tadi. Kitorang semua excited nak tengok Insidious: Chapter 2. Semangat dia lain macam sikit.

Bertolak dalam pukul 1:25pm (unofficially), kitorang sampai dalam 3:30pm. Sebelum sampai Miri, member Miss S ada call die punya cousin tanya ada tak showtime dan tiket untuk Insidious 2. Sebelum tu aku ada check online, yang ada pun 4:35pm. Tapi masa tu takde reply. Last-last kitorang sampai Miri dan masa tu cousin member Miss S pulak bagitau yang tiket Insidious 2 semua dah habis. Showtime hanya 2 kali jer dan dua-dua dah full. Seriously full. So, nak tak nak, memandangkan kitorang dah pun sampai Miri, kitorang decide untuk layan Escape Plan.

Showtime untuk Escape Plan pukul 6:30pm dan ada baki dalam 2 jam lebih masa tu. Lepas sampai, lepak-lepak kejap ditepian pantai. Snap-snap gambar lagi. Biasa lah tu. Lepas tu terus direct pergi mall, Bintang Megamall. Dalam tu buang masa jalan-jalan tengok apa yang ada till 6:30pm.

Then apa lagi. Gi tengok wayang laa. Aku tak tahu citer apa Escape Plan, tapi layan jer lah. Sylvester Stallone dan Arnold Shwarzernerger yang membintangi citer tu. Dah tua tapi masih lagi nak berlakon so jangan expect persembahan dieorang sama macam dulu. Itu first impression aku. Tapi overall, not bad. Cuma bagi aku its not re-watchable. Tengok sekali dah cukup. Aksi quite okay plus ada unsur humour dalam tu. Nak cakap pasal logik, aku boleh kata tak berapa nak logik. Kalau korang tengok, korang faham laa. Maksud aku tadi, main character tu macam sangat hebat. Hebatnya agak luar biasa. Ada banyak skill. Dia engineer, astronomer, marksman, genius, ntah apa-apa lah. Macam akal aku tak dapat terima. Walaubagaimanapun, nama pun dah cerita. Komen lebih-lebih pun tak guna. Cuma, kalau korang bosan dan sekadar nak hangout dengan member-member, citer ni boleh pakai.

Pukul 8 lebih citer ni habis. Keluar dari pawagam, kepala "hang" semacam. Tak la pening, cuma "hang" jer. Aku pun tak tau nak explain macam mana. Lepas tu gi kedai makan, isi perut jap. Ada la dalam sejam lebih spend masa kat situ. Till pukul 10 then terus jalan. Isi minyak dulu. Selebihnya 2 jam trip.balik.

Sampai rumah aku rasa macam tak sangka. Macam mimpi jer apa yang jadi. Cuma masalahnya aku tak bermimpi. Kalau mimpi pun, aku tak tau macam mana nak terjaga. entah-entah aku apdet entri ni pun dalam mimpi. Wakakakakakak.

Eh, dah lah. Mata dah ngantuk. Nak tido. Lain kali la sambung lagi. Till next time bebeh. Gudnyte!
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

  1. kau tgk Escape Plan??? Membazir gila. Cerita tipikal gila kot. tapi takpaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak la membazir mana pun. Layankan ajer. :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...