Hari ini adalah rekod yang paling the worst setakat ini. Dari awal pagi hingga ke petang, masih juga tak hilang-hilang. Serasa bagaikan ada seekor tapir dewasa duduk santai sambil menghisap rokok atas kelopak mata aku. Asyik nak tutup jer mata ni. Lepas tu otak & badan aku mula tuka jadi energy saving mode. Semua aktiviti dikurangkan. Hanya satu aktiviti sahaja yang berlaku iaitu... tidur.
Kadang kala, rasa nak request penampar dari member-member sebelah dengan harapan lepas rasa penampar sedas dua, aku akan menjadi segar bugar dan rasa mengantuk hilang. Namun, takut juga kalau-kalau penampar mereka over dan tak pasal-pasal aku jadi gila (permanently?!). Awal pagi tadi aku buka pek maggi kari. Aku hancur-hancurkan dan campur perencah lalu dimakan begitu saja. Perghh!! terasa segar mata, serious. Namun, ianya tak kekal lama. Temporary sahaja. Short period time only. Aargghhh!! takkan nak makan maggi kari sepanjang hari baru mata nak segar?
Dekat pukul 11, aku check in masuk surau. Surau dekat jer, sebelah ofis aku. Baru beberapa saat baring, terasa macam kena sedut ke ruangan vakuum. Dashyat penangan mengantuk aku kali ni. Lepas tu terus berdengkur dan terlena dibuai mimpi. Gila babas! aku keluar dari surau jer nampak member dah ready nak gi masjid. Aku apa lagi, join the club. Dalam kereta on the way nak.ke masjid pun aku boleh lelap lagi. Serious aku tak tau apa dah jadi dengan aku.
Padahal semalam aku tidur awal dari biasa kott. Haishh. Ada saka ker per?? :O
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan