Jumaat, 8 November 2013

Masalah, masalah lagi masalah

"He's there in the dark,
He's there in my heart,
He waits in the winds,
He's gotta play a part"
-Trouble is a friend, Lenka.

Masalah selalu ada, tak kira dimana-mana. Siapa yang tak pernah ada masalah? orang gila? mana kau tahu? pernah jadi gila? masalah orang gila yang paling besar adalah dia gila. Itu pun dikira masalah. Tak ada seorang manusia pun tak pernah ada masalah. Period. Its not debatable. All of your argument would not be valid. Tudia.

Tapi tak semua orang facing masalah yang sama. Semua orang ada masalahnya tersendiri. Aku pun tak terkecuali. No exceptable. Mungkin disini aku share masalah ditempat kerja. Selain dari itu, rasanya terlalu personal dan tak sesuai dikongsikan disini.

Huh~

Izinkan aku mengeluh. Aku rasa bagai nak gila. Hari ni saja dah macam-macam masalah yang jadi. Mungkin bukan masalah aku sepenuhnya, tapi tetap terasa bebanannya. In summary, ada dua masalah yang berlaku which is disebabkan dua masalah ni, menyebabkan timbulnya masalah ketiga.

Masalah pertama adalah mengenai drawing. Suasana kerja aku memang melibatkan drawing drawing ni semua. Jangan tanya kenapa dan apa kerja aku. Ini bukan kaunter pertanyaan. Okay pasal drawing tu, ada benda yang sangat super tiny mikro kicik punya problem tapi kitorang punya bos Jepun sangat la freakish annoying harini tak macam biasa (which is tak annoying sangat laa. Ye, sangattt) boleh pulak dia buat hal ni macam dunia punya hal. Dia bising bukan main padahal, hek ele. Kalau kau ditempat aku pun kau akan rasa macam "seriously? is it worth to be mad like this? ffff!!". Ni mesti gara-gara bos nak buat wayang depan die punya bos. Haa.. kira macam tu la. Sebab minggu ni, ada bos lagi besar dari bos tadi datang buat audit. Mungkin sebab nak jaga bontot beliau, die jadi gelabah dan pura-pura macam die sorang jer yang buat kerja. Perghhh!!

Second, adalah pasal drawing yang hilang. Heres an idea. Semua drawing yang kitorang dah buat, semuanya akan disimpan didalam server. Rasanya tak perlu kot aku explain server tu apa. Asalkan korang faham, yang drawing kitorang dah hilang. Bukan satu file, okay. Tapi satu folder. Assume dalam folder tu ada berdozen dozen drawing. Kitorang amik masa buat tu semua. Dan pastinya bukan sehari. Aarghhh!! nak bertukar jadi Hulk, boleh? gila kau satu folder hilang. Sampai naik juling mata aku melilau cari folder tu. Tak jumpa gak. Member pun sama tolong cari but still, nothing. Last-last, kitorang sepakat yang kitorang terima hakikat folder tu hilang entah ke mana. Entah siapa yang main palat pun aku tak tahu. Padam folder tu buat apa, gi la rosakkan server tu. Haa, kan dah mula berprasangka negatif dah aku ni.

Last but not least, macam yang aku mention sebelum ni, ada masalah ketiga which is event from dua masalah tadi. Ini bukan masalah aku tapi kena dengan kitorang punya lead department. Die punya cuti kena freeze. Eh, tak. Cuti die belum approve gara-gara dua masalah tadi. Bila jadi macam tu, die terus down. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Lagi satu yang main dalam kepala aku, hujung bulan ni aku ingat nak cuti. Nak jumpa Miss S. Rindu. Tapi masalahnya, leave form aku belum isi lagi. Tapi kalau isi pun. Hmm...

Eh, dah lah. Tak fokus aku nak blogging tengok Hot Seat MLM 2013. Nyesal aku update time cenggini. Heh!

P/S: Trouble is a friend oh trouble is a friend oh oh... :/
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...