Ahad, 3 November 2013

Caffeine Couple

Dua tin kopi susu didalam satu bungkusan plastik. Kelihatan sepasang straw sedang berpelukan mesra, terkeluar sedikit dari bungkusan. Seorang jejaka sedang melangkah dengan berhati-hati menuju ke meja yang kelihatannya ada seorang gadis berkaca mata besar dengan bingkai plastik hitam. Kelihatan gadis itu senyum padanya. Dia membalas senyuman gadis itu. Didepan gadis itu, kelihatan dua pinggan mi goreng. Berkemungkinan milik gadis itu dan yang satu lagi, milik jejaka tersebut. Oh, sepasang kekasih rupanya. Makanan dan minuman yang dipesan sama. Tak berbeza. Heheh. Lucu. Bila sedang hangat bercinta, apa yang dimakan pun sama. Seiring dengan janji yang telah ditaburkan sekian lama, you jump I jump. You happy, I'm happy. Lebih kurang begitula maksudnya tadi. Semuanya nak sama seolah-olah ingin beritahu orang sekeliling yang mereka adalah sweet couple lovebirds what-so-ever.

"O'oh. Mistake la kita order air nie. You tahu kan whats gonna happen?" kata si gadis tadi. "Yeah, I know. Thats why I bought it on purpose." jawab si jejaka sambil senyuman terukir dibibirnya.

Rupanya pasangan kekasih ini ada kisah mereka sendiri dengan kopi susu. Kedua-keduanya tak tahu pada mulanya. Orang lain pun minum kopi susu tapi tak la memberi effect macam apa yang jadi pada mereka berdua. Mungkin lain orang, lain ketahanannya. Dengan kata lain, tolerance terhadap kafein yang terkandung didalam kopi susu tersebut berbeza bagi setiap individu.

*flashback*

Waktu itu, senjakala hampir menjelma. Pasangan kekasih ini duduk diatas motor Modenas CT100 sambil menghadap ke arah matahari. Ingin menikmati pandangan diwaktu senja bersama kononnya. Pada handle motor, kelihatan satu bungkusan plastik. Ada satu tin kopi susu didalamnya. Si jejaka itu pun ambil tin tersebut lalu dibuka. Straw dimasukkan ke dalam tin. Si jejaka bagi kepada gadis tersebut. Gentleman katanya kalau dahulukan perempuan. Ladies first la katakan. Si gadis sedut sedikit sahaja air tersebut. Takut mungkin dengan rasa air yang tak pasti lagi macam mana. Tambahan pula, dia bukanlah peminat air berasaskan kopi. Setelah air yang disedut dirasa, ekspresinya berubah. Seolah-olah, berpuas hati dengan rasa air tersebut. Dia suka. Si jejaka tadi tersenyum melihat aksi comel kekasihnya. Dia pun turut menyedut air tersebut. Tak seperti si gadis, si jejaka memang layan kopi. Terutamanya bila dia plan untuk berjaga malam. Kopi memang jadi peneman setianya. Walaubagaimanapun, itulah kali pertama dia merasa kopi susu dalam tin. Ekspresi wajahnya juga menunjukkan tanda-tanda puas hati. Macam tak sangka pun ada juga dengan rasa air tersebut. Unexpected. Setelah beberapa lama, kedua-duanya pun merancang untuk pulang kerana hari pun sudah lewat petang.

Di malam hari, "kick" dari kopi susu tersebut mula terasa. Ketika sedang OTP, (on the phone, okay) tampak perbezaan yang agak ketara dengan mereka berdua. Perbualan mereka rancak dari biasa. Mood dan suasana pun agak memberangsangkan. Happy semacam. Kedua-duanya tertanya-tanya apakah yang menjadi punca semua ini. Setelah beberapa ketika, mereka berdua setuju yang kopi susu lah penyebabnya. Ini terbukti hasil dari eksperimen kurang bertauliah dari mereka berdua. Namun keputusannya positif.

*present time*

"You plan nak berjaga ker malam ni?" tanya gadis dengan nada yang straight. Heheh. Si jejaka tersenyum. "You ingat tak masa awal-awal perkenalan kita dulu? kita selalu calling calling sampai pagi" kata si jejaka itu. "Hmm. Boleh jer selalu call macam tu, tapi you yang selalu tertidur. Lepas tu biarkan I sorang-sorang" jawab si gadis dengan bibirnya dijuihkan. Tandanya merajuk, dan minta dipujuk. Si jejaka memang kenal benar dengan perangai kekasihnya itu lalu digenggamnya tangannya. Si gadis tertunduk. Sedikit malu mungkin. Malu-malu kucing. Jejaka itu pun berkata, "Sorry la syg. I letih sebab kerja. Bukan I sengaja pun. Sebab tu I plan nak berjaga malam ni, calling dengan syg sampai pagi. I akan temankan syg. Boleh?". Si gadis mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Bagaikan tak mampu rasanya menatap wajah kekasihnya itu. Malu, gembira, touching, semuanya terasa. Tak lupa pipinya yang kemerah-merahan menahan malu. Bibirnya mengukir senyuman. Dia mula menarik nafas panjang. Matanya merenung tajam mata kekasihnya. Terpancar sebuah harapan disebalik sinar matanya.

"Janji?"
"Janji!"

P/S: Bila kita betul-betul sayangkan seseorang, kita akan cuba sedaya upaya gembirakan dia. :')

Diadaptasi dari kisah benar...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...