Tengah shooting, dieorang diganggu oleh beberapa series gangguan berskala. Memula cuma kamera kena kacau. Lepas tu, barang-barang dekat "base" pulak kena. Kerusi tersusun dengan sendiri. Later on bateri supply dieorang habis dan salah seorang kena tarik jauh dari tempat dia berdiri sebelum tu. Macam-macam lagi la berlaku. Dipendekkan cerita, salah seorang dari dieorang kena rasuk dan seorang lagi histeria. Dua-dua perempuan. Panik dan tak tahu nak buat apa, dieorang pun lari dan dapatkan bantuan ustaz.
Okay, part ni aku dah malas nak cerita. Habis citer ni aku confuse. Sebenarnya citer ni betul-betul filem dibuat dalam bentuk dokumentari atau betul-betul dokumentari lalu dibuat filem? siapa boleh rungkaikan permasalahan aku ni?
Belum habis setakat tu. Awal pagi tadi aku terbaca pula mengenai kisah Villa Nabila pulak. Sebelum ni pernah baca kisah Villa Nabila ni cuma aku dah lupa. Kononnya ada 30 orang budak masuk ke rumah tu. Motif? tak tahu. Another documentary perhaps? dan dari 30 orang tu, 23 orang hilang dan tak dijumpa. Hinggalah ke-pukul-berapa-entah tadi, 22 orang mula dijumpa. Akhirnya tinggal seorang tak pasti dah jumpa atau tak. Tapi ada pihak yang dakwa, pasal 30 orang tu cumalah hoax semata kerana pihak polis dapat hanya satu aduan sahaja mengenai seorang budak yang hilang. Itu aku tak pastu tapi hari ni memang kecoh dengan kes tersebut. Nak caya atau tak, terpulang kat korang.
P/S: tunggu la lepas ni dieorang buat filem Villa Nabilla pulak. Heheh.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan