Sebenarnya aku terharu bila lihat semua kerja dan usaha aku selama ini terbukti didepan mata. Well, bukan aku seorang yang buat. Credit juga ditujukan kepada dua ekor rakan sekerjaku. Hasil usaha penat lelah kitorang semua akhirnya terbayar. Disamping bayaran dalam bentuk gaji yang kitorang terima setiap hujung bulan. Priceless, yet meaningful.
Korang dapat bayangkan tak betapa.. awhh, aku tak tahu perkataan apa yang sesuai. Nampak sangat vocabulary aku lemah. Kurang membaca mungkin. Tapi perasaannya macam tu laa. Ianya macam.. umphh!! tak tahu la nak kata apa. Sukar diungkapkan. Korang dah penat-penat buat kerja dan akhirnya korang dapat tengok sendiri apa yang korang buat tu didepan mata. Haa.. bayangkan perasaannya macam mana. Aku tak tau la kalau korang dapat bayangkan. Tapi kalau korang pernah rasa, haa.. macam tu la perasaannya.
Ini merupakan pengalaman agak manis bagi aku selama aku bekerja disini. Tidak terlalu manis, dikhuatiri dijangkiti diabetis. Hahah. Tak.kelakar? tak apa. Aku boleh ketawa sendiri. Sebab aku happy. Takpe korang, takpe.
Ok lah. Next time aku update lagi. Tak dapat lagi aku nak teruskan. Bertakung dah air mata ni dari tadi aku tahan. Bersinar-sinar dah mata aku. Nak pergi lap air mata jap. Tata. Bye bye~
xoxo *sila muntah laju-laju*
P/S: Miss S kata "terharu" lebih sesuai compare to "terkilan" sebab "terkilan macam untuk benda yang tak bagus jer. Thanks awak, thanks. ;3
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan