Khamis, 21 November 2013

Bosan, tak dapat online

Bila tak dapat online, mula la nak menggelabah. Tak senang duduk. Tidur tak basah, makan tak lena, mandi tak kenyang. Semua serba tak kena. Celaru, keliru, mood tak menentu.

Dah 2 hari internet kat ofis guwa buat hal. Rasa geram, pitam dan nak bertukar jadi Hulk pun ada. Nak nak pulak masa tu tak ada kerja satu apa pun. Nanti kemas-kemas meja, sapu lantai semua, orang kata tunjuk rajin depan bos. Tapi nak buat macam mana, guwa kan sememangnya rajin. DNA rajin ni memang ada dalam diri guwa, tak dapat dielak. Tapi habis-habis pun 5 minit dah setel. So belen lagi berjam-jam nak buat apa? nak guwa bersihkan satu site ker macam mana?

Selang 2 saat lepas tatap browser (yang macam hidup segan mati tak mahu) me-loading page, boleh pulak rasa terlelap. Kalau korang terer ilmu hisab, korang kira la berapa kali guwa terlelap & dapatkan kebarangkalian sekali serta nyatakan hipotesis korang.

P/S: Rasanya dah boleh cari hobi baru nak buat apa kalau internet tak ada. Hurm, guwa fikir nak collect siput babi. Ada cadangan lain?



4 ulasan:

  1. dah ni lu online pakai apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni line dah okay balik la. Lupa gitaw. Ekekekekeke.

      Padam
  2. Kira berapa bnyk bulu kaki kwn sblh. Hahaha XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan sebelah takde bulu kaki. Bulu ketiak jer ada. Macam mana?

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...