Sabtu, 2 November 2013

End of first season...

"The best relationships start off as a friendship first.."
Yeah, aku setuju dengan statement diatas. Bermula dengan perkenalan secara random di Facebook, boleh terjalin satu hubungan yang serius. Siapa sangka dengan satu komen pada status boleh berlanjutan hingga beratus komen dan merebak ke status yang lain. Kadang-kadang aku rasa bait-bait lirik lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latip ada benarnya. Lirik berdasarkan pengalaman sendiri, mungkin? tak pun pengalaman anak saudara bapak tiri jiran sebelah rumah, siapa tahu.

Sekarang kalau dikira campur tolak darab bahagi dipuncakan kuasa dua darab pekali 'n', dah hampir dua tahun dah. Kalau kisah ni adalah tv series, ni dah kira penghujung season 1. Kalau masok season 2, mesti jadi lebih gempak, hopefully. But still, "pilot episode" tak akan pernah dilupakan. Aku boleh tersenyum sendiri kalau aku mainkan semula "pilot episode" tu. "Sudden approach" yang agak random. Even sekarang aku mainkannya semula dan tersenyum sendiri sambil menaip entri ni. Harap tak ada yang perasan aku tersenyum sambil buat "kerja".

Macam kisah-kisah yang lain, or should I say, kisah cinta yang lain, mesti ada konflik dan perbalahan. Tipu la kalau tak ada. Kalau diplotkan pada graf, mesti nampak turun naik up and down. Kalau kisah aku, rasanya nampak macam graf nilai emas. Okay, tak la macam tu sangat sebenarnya tapi nampak la turun naiknya. Itu ada, sudah pasti. Kalau korang pulak? garisan melengkung mungkin? ogif? hahah.

Jadi persoalannya sekarang macam mana aku nak tamatkan season 1? sebelum masok season 2 selepas tu. Ada apa-apa cadangan tak? :P

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...