Selasa, 6 Oktober 2015

Melayan Kera Artik...

Semenjak dua menjak kebelakangan ini aku jadi musykil. Setiap kali bila tengah sedap-sedap layan Muka Buku, akan ada beberapa mesej pemberitahuan yang masuk. Segala pokemon (masukkan kata-kata kesat anda sendiri disini) "Kenalan yang anda MUNGKIN tahu" tu 86% aku abaikan. Lagipula, mesej pemberitahuan mengenai mesej-mesej Perutusan Muka Buku dah tentu aku tiada daya upaya nak buka. Gilalah aku nak kena hadap dan pasang aplikasi Perutusan Muka Buku semata-mata nak buka dan baca entah apa-apa mesej yang dihantar oleh kenalan mukabuku seantero dunya. Apa kau fikir aku gila? apa aku segila itu? bak kata Rahul didalam wayang gambarnya yang bertajuk "Kuch Kuch Hota Hai", "Pagel!".

Tanpa membuat usul periksa akan rencana Mark Zuckerberg CEO Muka Buku menjalankan perniagaan jual-beli aplikasi didunya maya, aku memilih untuk katakan TIDAK pada muat turun aplikasi Perutusan Muka Buku. Dengan membuat andaian dan beberapa pengiraan ringkas didalam kepala aku yang separa-kompleks, aku yakin kamoorang tidak tahu menahu apa binatang yang aku bicarakan ini. Biar aku permudahkan, Perutusan Muka Buku itu ialah FB Messenger. Get it?? dapat kamoo? walaubagaimana pula, janganlah kita membiarkan permaslahan ini membelenggu permikiran wotak kita dengan mengganggugugat perbicaraan pokok yang sebenar.


Oh ya, sebelum aku huraikan dengan kepanjangan-lebaran lagi, titeyk penting yang aku mau sampaikan tadi iyalah aku musykil bagaimana muka soorat peminat Muka Buku Blog aku bisa bercambah dari saban hari ke hari tanpa aku kemaskini ini blog?? bagaimana?? bukan ingin mengatakan aku tak gembira (aku gembira gila dengan jayanya), cuma saja nak bawa kamoorang berfikir sama, sihir apa ini aku guna pakai sampai bawa worang datang kemari tanpa dipanggil kemari, kesini. Dengan bersahaja saja tujuan aku ini. Murni bukan?

Wokay, sebenarnya yang aku mau cerita ini pasal kugiran Kera Artik. Kenal bukan? tak kenal, maka tak cinta. Hahah. Tak kenal pigi gugel lah hoi. Pigi penterjemah gugel, tanya diya.


Tahun 80-an, eceyy macham lama sangat. Okay, aku perlu tukar balik gaya penulisan aku takut korang dah tak nak baca apa yang aku tulis kat sini. Iya lah, tulis, ada masalah?

Beberapa tahun yang lalu (katakan dalam lingkungan 2007~2008) aku mula ter-layan kugiran Kera Artik ni dari kawan. Masa tu seingat aku lagu yang biasa dimainkan adalah lagu "Aku tahu kamu mesti menarik diatas lantai tari.." (Mohon diterjemahkan ke bahasa penjajah mengikut kreativiti anda sendiri) diulang-ulang main sampaikan aku rasa nak muntah ditempat kejadian.  Dan beberapa bulan yang lalu, aku layan satu lagu dari album terbaru dieorang berjudul "AM" (berkemungkinan diambil dari singkatan nama band ini sendiri, Kera Artik). Judul lagu tersebut adalah "Adakah Aku Ingin Tahu?". Cukup lentok dengan iringan muzik serta genre yang agak berlainan dari masa aku dikenalkan dengan dieorang. Pun begitu, masih aku layankan jua. Sehinggalah beberapa minggu yang lalu, sahabat sekera aku (hahah..) perkenalkan aku album "AM" dieorang. Album penuh, dan sehingga kini boleh aku katakan aku masih lagi layan.

Menerusi sahabat aku itu, yang mana aku dapat rasakan beliau adalah peminat boleh-boleh tegar jua akan kugiran ini, dieorang merupakan satu dalam sejuta "Brit-Pop" yang masyhur. Serius menarik, banyak informasi separa-berguna yang beliau ketengahkan dan kongsi bersama sekaligus membuatkan aku terpana. Minggu ini dah masuk minggu kedua aku asyik layan lagu dendangan kugiran ini. Apakah jenis muslihat ini?

Dan dengan itu, disini mungkin aku boleh katakan disebabkan itu aku gila. Hahah. Gila! kau tahu? kau ada? hahah. Hahah. Hahah. Hahaktuih. Hoarkk~ *buang kahak dengan tenaga dalaman*

Sebelum aku mengundurkan diri kamu semua, sila tatap dan layan muka-muka Kera Artik disini:

Inilah Kera Artik. ;D

Psst: Aku tida gay. Kamu tahu itu. Kamu gay. Itu aku tahu! ;P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...