Jumaat, 14 Disember 2012

Skeptik...

Ya Allah!! ngantowk nya mataaa. Haduii~ dari tadi aku asyik menguap jer. Dah sama spesis dengan badak air dah. Nasib baik aku comel. Berapa banyak bulu hidung aku dah cabut tapi tak jugak hilang mengantok nih. Ini dulu petua cikgu kitorang. Kalau mengantok, cabut bulu hidung sendiri. Bulu hidung SENDIRI okay. Kalau bulu hidung orang lain, korang tak kan hilang mengantok. Hilang nyawa kott. Ye lah, dah orang yang korang cabut bulu hidung tu hilang sabar, korang lah yang kene, ye tak? heheh.

Aku percaya yang kebanyakkan dari kita nie agak skeptikal kan? ye la, bila tengok sesuatu, kita akan cepat 'melatah'. Melatah dalam istilah cepat memberi respon yang negatif berbanding positif. Bukan melatah macam separuh sawan tu sambil menyebut perkara-perkara yang tak sepatutnya seperti "O tapir ku kacak!" "O mak kau!" dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.

Bercerita mengenai skeptikal, semalam kitorang diberi pen sorang satu. Aku tak tau kenapa. Aku amik jer, tapi macam ada sesuatu yang tak kena. Disebabkan aku skeptik, jadi...

Ok lah, aku paste gambar kat sini... aku nak mintak korang komen apa first impression korang, boleh? nak jugak tahu apa pendapatan korang. Hewhewhew.

Nah gambarnya...

Jangan lupe komen kat bawah! huhu~

8 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...