Sabtu, 1 Disember 2012

1st of december...

1 Disember 2012...

Permulaan kepada bulan baru. Bulan terakhir pada tahun ini. Dalam bulan ni jer yang ada tarikh istimewa yang berulang untuk abad ini, 12-12-12. Mesti ramai yang berebut-rebut nak kawen ari tu kan? bagi aku, ada apa dengan tarikh? ia hanyalah nombor jer.

Namun...


Bulan disember nie memang sangat-sangat bermakna bagi aku. Dalam banyak-banyak bulan, bulan disember lah yang paling aku suka. Yang kedua, mungkin sekali bulan syawal. Berkemungkinan sebab dalam bulan nie, selalunya cuti (dulu laa) dan yang paling penting sekali, bulan nie (disember) laa aku dilahirkan ke dunia, 23 tahun yang lalu. Sehingga saat ini, aku dah bernafas dan hidup diatas muka bumi selama 23 tahun 6 jam 50 menet. Yerr, iye iye jer aku kan? kekonon tepat lerr mase tuu.

Aku tak ingat dalam bulan islam mana aku lahir. Rasanya Jamadil Awal kott, ker Jamadil Akhir. Ini yang aku konpius. Sebab tu aku prefer pilih ikut kalendar Gregorian berbanding kalendar Hijri. Kalau kau tanya aku berapa haribulan hari nie (ikut kalendar Hijri) pun komfem aku tak dapat jawab. Sebab aku selalu lost track. Biasanya aku akan ingat tarikh lahir bulan islam tatkala bulan Ramadhan ataupun kalau ada perayaan tertentu sahaja macam hari raya, maulud nabi, nisfu sya'ban dan yang sewaktu dengannya. Eleh, korang pun lebih kurang aku jugak kan? tak payah nak tipu laa. Tak perlu laa jadi musang berbulu ayam. Aku kenal laa yang mana intan, yang mana kaca, yang mana permata. Eh?

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ilahi. Syukran Ya Allah. Kau masih beri aku kesempatan. Aku tahu banyak khilaf yang aku dah lakukan. Disebabkan kasih sayang-Mu, aku masih lagi disini hingga ke hari ini. Maafkan aku...

Tak lupa jugak kepada mak dan bapak aku. Tanpa dieorang, aku tak mungkin disini, merasa pahit manisnya hidup. Aku tak mungkin tahu bagaimana perasaannya menjadi seorang manusia. Dulu, pernah aku terfikir, kalau aku bukan manusia, siapalah aku? mungkin aku jadi kucing. Takpun tong gas sahaja. Hmm. Entah aa, aku pun tak tahu kenapa aku berimaginasi sebegitu. Masa tu aku imagine jadi kucing hitam yang selalu makan ikan dan banyak luangkan masa untuk tido. Oh, indahnya duniaaa.

Tak lupa juga thanks dekat "awakk". Terima kasih banyak-banyak. Biar ribut sandy, tsunami, fogging, hujan, panas melanda, awak tetap ada disisi. Jatuh bangun, suka duka sentiasa bersama. Ibarat lirik lagu Teman Pengganti, "ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama" macam tu la rasanya perasaan saya dekat awak. I don't know how long would our relationship last, but trust me, i'm hoping it to be forever. But, if we're not meant to be, i promise that i won't forget you. If happiness do exist, you're the closest to it in my life so far... i love you, sooo much.

To all my friend, yang dah wish, yang belum wish, yang aku kenal in real life, yang aku kenal kat alam maya, thanks to all of you sebab dah warnakan hidup aku. Korang dah corakkan macam-macam. Aku akan ingat sebanyak mungkin kenangan yang aku ada dengan korang semua. Tanpa korang, hidup aku mungkin tak akan se-ohsem ini. Thanks yall. Aku tak mintak apa-apa except korang kekalkan hubungan yang dah ada sekarang ini. Terima kasihh semua.

Thanks to ALL of you!! ;)



8 ulasan:

  1. Whoaaaa terharu aku baca post tok hahahahahaha

    BalasPadam
  2. aku jugak nak ucapkan terima kasih kat ko sebab jadi kawan maya aku juga. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same goes to me bro. Thank to you too. :')

      Padam
  3. bagus jugak lah kau jd tong gas. so blog kau ada la nama tong gas 2.0 haha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...