So, malam tadi (rujuk diatas) aku pergi tengok wayang bersama Miss S dan bestest friendses foreveresnya, BFFs. Kitorang pergi menonton filem yang mengutip kutipan box office sebanyak (fill in the blank sebab aku dah lupa) semenjak ditayangkan tempoh hari. Secara keseluruhan, aku bagi filem nie rating 3/5 bintang namun atas sebab-sebab tertentu, aku up kan rating tersebut menjadi 3.5/5 bintang.
Jujurnya, bagi aku, nie merupakan sekuel terbaek dari kelima-lima sekuel yang dah ditayangkan. Mungkin sebab ini merupakan bahagian terakhir a.k.a finale filem ini. Ataupun mungkin sebab aku dah menonton kesemua sekuel yang ada. Ok, aku bukan peminat tegar filem ni mahupun kipas-susah-mati dieorang. Aku just layan jer for the sake of movie. Bagi aku, filem nih masih berada ditahap boleh layan laa. Even bermacam-macam kritikan pedas yang dah diterima. Well, haters gonna hate man. Biebers pun macam tuu jugakk. Still ramai jer beliebers nun diluar sana. Tak lupa juga kepada peminat KPop yang mengaku berasal dari planet Matoki. Right?
So, Breaking Dawn part 2. Kalau ini kali pertama korang menonton filem ni, jadi korang tak akan jadi seimpress mana. Unless korang baca novel laa. Tapi kalau dah layan novel, takkan tak layan filem kan? eh? ade ker macam tu?
Sambungan kepada Breaking Dawn part 1, kita tahu yang Bella dan Edward dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Renesmee. Namun begitu, Bella melalui saat-saat getir ketika melahirkan Renesmee. Kehilangan darah yang banyak sehingga mengancam nyawa Bella membuatkan mereka melakukan keputusan yang tak dijangka last minute.
Masa berlalu. Renesmee mula membesar dan mengalami tumbesaran yang agak unik. Dia membesar dengan cepat dan dikurniakan kelebihan istimewa. Kalau Alice boleh melihat masa depan melalui vision yang datang, Renesmee pula boleh tunjukkan memori yang dia dah lalui kepada sesiapa saja yang dia nak hanya dengan menyentuh mereka dengan tapak tangannya. Siesly, untuk sekuel kali nie, aku rasa macam tonton Xmen pun ada sebab kebanyakkan puntianak dalam sekuel nie ada kelebihan masing-masing. Ada yang boleh alirkan elektrik, boleh kawal elemen, boleh hilangkan pandangan dan pendengaran dan macam-macam lagi lahh.
Kemudian, Irina report perkara nie kat Volturi. Motifnya kerana Irina geram dan marah serta tak puas hati atas pembunuhan ibunya suatu ketika dahulu. Sebab benda yang sama jugak, membela anak abadi. Well, kalau korang ada layan filem sebelum nie, for sure korang tahu siapa dia Volturi. Senang nak faham, Volturi nie merupakan puntianak Diraja (Royal Vampire) diketuai oleh Aro dan dieorang ni sangat kuat dan dah hidup lama. So, kesemua puntianak (kebanyakkannya) seluruh dunia (cewah!) terikat dengan peraturan dan perundangan Volturi. Termasuk jugak The Cullen. Dan menjaga hal ehwal puntianak dah menjadi tanggungjawab dieorang.
Disebabkan oleh dakwaan Irina, The Cullen berada dalam bahaya. Alice mendapat ramalan yang Volturi akan datang membuat siasatan apabila "salji mula melekat". Volturi nie terkenal dengan ketegasan dieorang. Menentang Volturi bermaksud mati. Dieorang nie sangat akur dan patuh pada peraturan dieorang. Sekiranya dakwaan Irina benar, Renesmee akan dibunuh. Dan jika sebaliknya, Irina pula yang akan dibunuh. So, korang dapat tak bayangkan betapa not so gentlenya Volturi nie.
Jadi, The Cullen cuba untuk mengumpul seberapa banyak puntianak yang ada untuk berdepan dengan Volturi. Bukan untuk berlawan, tetapi sebagai saksi. Bertujuan untuk meyakinkan Volturi bahawa Renesmee bukanlah seperti yang didakwa. Dieorang percaya, lagi ramai saksi, bertambah yakinlah Volturi bahawa dakwaan itu salah. Dieorang kumpul puntianak seramai yang mungkin. Kebanyakkannya terdiri dari kenalan-kenalan lama. Ada yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang dari India, Amazon, Russia, Scotland, Malaysia (eh?) dan bermacam lagi.
Akhirnya...
Opps! aku rasa dah banyak dah yang aku spoil dalam entri nih. Kalau nak tahu kesudahannya, kene la tonton sendiri kat wayang. Tak pun download, ataupun live stream dan... eh, ikut suka korang lah nak tengok macam mana. Tapi, ingin aku nyatakan kat sini. Akan ada fight scene antara Volturi dan pakatan The Cullen. Sebab fight scene nie laa aku upkan rating. Heheh. Siesly kalau takde, sumpah tak best citer nie. Ye laa, banyak scene cakap-cakap, romen, dan ehem ehem. Betul, tak tipu.
So, bagi yang belum tonton lagi Breaking Dawn part 2, sila laa tonton. Tak kesah aa korang ni fan twilight atau tak. Especially to those yang suka menonton wayang. Bagi aku, berbaloi aa beli tiket untuk tonton filem nih.
One question, kepada korang yang dah tonton. Aku nak tanya, kenapa Bella marah sangat dengan Jacob awal-awal scene tu? any idea? aku blurr aa. Even aku tanya Miss S, dia pun kata dia blurr jugak. Tak faham apa yang berlaku. Please someone bagi pencerahan kat kitorang. Huhu~
I la paling sik suka ngga cita tok even francais sebelum2 nya..hik3..i baca sinopsis jak alu udah ya... haha, entah knk sik suka, i cuma suka ngga watak dakota fanning jak.. kejawak kiut miut aih~ hahaha
BalasPadamPa kata try tangga nok finale towk. Huhu~
Padammasih blur that part. huu~
BalasPadamKan? huu~
Padam