Isnin, 8 Oktober 2012

Telepati...

Percaya atau tidak?

Pernahkah kamu mendengar mengenai telepati? bukan telemovie ataupun televisyen. Itu sudah biasa  dan selalu didengar. Tapi aku ingin bercerita mengenai telepati. Jangan disangka ada perkataan "pati", maka kamu terbayangkan pati ayam. Aku tahu sekarang dah tengah hari dan semua sedang menjamu selera dan memuaskan nafsu makan, tapi janganlah ok.

Aku tak tahu macam mana ianya terjadi. Tetapi kalau tak silap, ianya berlaku kerana hubungan yang rapat dan dekat, ditambah lagi dengan hubungan emosi. Seperti mangkuk dan jamban, ibu dan anak kecil, majikan dan secretary, suami dan isteri, rakan dan taulan serta boifren dan gurlfren. Dalam kes aku, aku juga mengalami perkara yang sama. Antara aku dan Miss S, seringkali sahaja telepati menghadirkan diri.


Telepati ini sebenarnya berasal dari dua perkataan iaitu "tele" yakni jauh manakala "pathos" bermakna perasaan. Jadi bila digabung menjadi perasaan jauh. Aku saspek ianya berasal dari kata Greek sebab biasanya greek laa yang ada pathos, amos, lobos dan os os nie. Tapi itu tak penting. Penting, tapi bukan untuk entri ini.

Macam aku katakan tadi, aku dan Miss S biasa mengalami telepati. Contoh paling dekat adalah semalam. Petang semalam, aku tertidur selepas bercalling mesra bersama Miss S. Aku tak tahu macam mana tapi aku tertidur. Tak sedar akan hal yang berlaku. Selepas itu bila aku bangun, aku duduk sekejap. Kepala masih lagi pusing dan aku tak tahu pukul berapa datuk harimau jam dikala itu. Aku capai hemfon dan buka text baru. Kiranya aku nak text dia laa. Belum sempat pun aku nak habiskan taip perkataan pertama, hemfon ku mula menari-nari sambil menggoyangkan pinggulnya. Dan berbunyi, tanda ada mesej baru yang masuk. Aku pun terkejut. Peluh mula membasahi seluar dalamku. Rupanya Miss S yang mesej. Aku senyum tapi dari text tersebut bunyinya macam merajuk. Siap ada sad face lagi. Merajuk lettew. Tapi itu bukan pointnya. Pointnya disini, ada telepati berlaku.

Paling tak boleh blah adalah tatkala kitorang keluar bersama. Masa tu kitorang dah nak balik tapi entah macam mana kitorang boleh tersebut full sentences yang sama. Serius! dah laa panjang, serentak pulak tu. Dan sebutan exactly the same dicampur dengan nada suara dan pitching yang seakan-akan selari. Lepas tu kitorang ketawa. How the hell it happened?

Lepas tu ada laa insiden-insiden telepati yang berlaku. Biasanya kitorang akan menyebut word yang sama. Tapi tak seperti insiden tadi. Sumpah, kitorang memang tak tahu apa-apa. Aneh bukan?

Apart from that, kalau berfikir benda yang sama itu tak dinafikanlah memang ada. Kadang-kadang aku rasa macam bananas in pyjamas pun ada. Aku B1 dan dia B2. Lepas tu dia akan tanya aku, "do you think what am I thinking B1?" dan akupun jawab, "I think I am B2". Hahah. Mesti korang teringat kembali scene-scene tersebut kan? huhu~

Hahah. Dah lah. Lama-lama aku taip, makin ke laut jadinya. Baik aku pergi cuci jamban terlebih dahulu. Bye~ see you next time. ;)

p/s : sebenarnya, semua ada telepati, malah sejak bayi lagi


6 ulasan:

  1. hurmmm ??? adakah telepati...ianya seperti Porfessor X menggunakan cerebro ka perasaan nya ???? sangat aneh ya ... BTW FIRST yeahhhh :D

    BalasPadam
  2. aku rasa tu bukan telepati.. tapi dejavu...ahahahha

    BalasPadam
  3. @Azreen (ONN) Abdul Rani First? tahniah! sila claim hadiah dibahagian kiri blog (nok ada iklan ya) ;P

    BalasPadam
  4. @boni kacak Bukan dejavu lah! tapi deja moss. Eh eh? hik3. ;P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...