Isnin, 1 Oktober 2012

Silap send laa pulakk...

Bak kata pepatah, "terlajak perahu boleh reverse, terlajak sms, besar kemaluan dibuatnya"

Haduii~ -.-'

Ini merupakan antara insiden yang menyebabkan kemaluanku membesar. Mana taknya, dalam pada tengah syok2 ber-sms, tiba-tiba terasa bagai jantung berhenti berfungsi untuk beberapa ketika. Perasaannya tatkala itu, hanya tuhan yang tahu.

*pasang lagu Unic - Hanya Tuhan yang Tahu*

Aku bet ada antara korang pernah lalui apa yang aku rasa. Especially yang hantu sms dan tak reti nak berenggang dengan hempon. Nak nak lagi jenis yang taip laju laju. Sebenarnya, aku dulu pun spesis macam tu jgak. Sebab tu sekarang nie aku dah tak buat macam tu, instead aku akan dabel cek plus taip slow. Sebab aku tak nak ada typo dan tak nak salah send.


Masa tu aku tengah melayan drama di tb. Sambil melayan drama tu, aku main sms. Masa tu aku sms dengan 2 orang. Satu dengan ehem ehem dan satu lagi dengan member. Ini laa masalahnya bila kita ada lebih dari satu personaliti dan panggilan manja yang berbeza. Dengan member, opkos laa kau aku, gua lu ye tak? tapi dengan ehem ehem plak, mesti laa u i, syg syg. Korang bayangkan berapa saat aku perlu untuk identify yang mana member dan yang mana bukan.

Masa tu, plot drama agak genting. Berlaku konflik diantara watak utama. Hampir jer berpecah belah rumah tangga dieorang. Aku pun masa tu into dengan drama jadi fokus untuk melayan sms agak menurun. Disebabkan itu, konflik pun berlaku antara member aku dan ehem ehem. Aku dah tak tau aku sedang reply siapa. Bila aku dah send...

that moment when you know you screwed...

Rupanya aku tersilap hantar meses yang sepatutnya aku hantar kepada dia, aku terhantar kepada member aku. Peluh jantan mula membasahi baju dalam dan spendaku. Ohmaigot! masa tu aku rasa nak tampar laju laju jer muka aku dengan talam dua muka. Tak pun masukkan kepala ke dalam mangkok jamban. Siesly, bila kau dah tekan send dan tatkala itu line at its best, kau tak kan dapat tekan cancel lagi. Apa yang kau dapat lakukan adalah memohon kemaafan dan berharap yang member kau tu pura-pura pengsan dan tak baca meses itu.


Nasib baik laa member yang dapat meses tu jenis yang pandai cover. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menutup keaiban aku. Ingat pulak aku dekat tuhan masa tu. Member aku reply pendek jer. Dia hantar "syg?" lepas tu dia tambah "hahah" dekat belakang. Aku pulak? rasa nak nanges dan terberak ditempat kejadian. Lepas tu aku hantar meses dekat member bagitau jangan bagitau sesiapa pasal tu. Aku takut jadi bahan ketawa member-member yang lain plak. Malu siott!! mana aku nak letak muka lepas nie? dalam wallet? disebalik bra? peh!

Lepas kejadian tu, aku trauma dan tak nak reply meses laju-laju lagi dah. Aku tak nak pisang berbuah enam belas kali. Aku tak nak sejarah mengulangi diri sendiri. Aku tak nak semua tu berlaku.

Kepada member aku tu, i really really thank you bro. Sebab kau tak bagitau sesiapa pasal tu. Sumpah, first time kita jumpe lepas kejadian tu, aku tak berani tengok muke kau direct. Aku tau kau tersengih-sengih masa tu. Hahah.

psst : Nasib baek masa tu aku takde skandal. Bayangkan apa akan jadi kalau tersilap send. World war III tuuuu. -.-'

6 ulasan:

  1. dabel cek lain kali~ haha. :D

    BalasPadam
  2. nasib baik masa ko jumpa member ko tu, dia tak kissing ko kan.hahahaha

    BalasPadam
  3. nsb baek mesej ngan mmbr laki. kalo mesej ngan mmbr pompuan, confirm tersedak kalo tgh mkn, sbb ingat kena ngorat.

    BalasPadam
  4. @Miss S Tu la pasal skang nie eply pun slow2. Heheh.

    BalasPadam
  5. @boni kacak Tu aa. Tkut gak kan klau2 die terkiss aku. Eh eh? :s

    BalasPadam
  6. @aswadz hahah. Tu pehrahsan namanya. Wakakakakak. xD

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...