Jumaat, 5 Oktober 2012

Sick heart!! :(

Gajah diseberang terbakar nampak, hati terbakar siapa yang tahu

Pernahkah mendengar kata pepatah, "paku dulang paku konkrit, mengata orang engkau yang hipokrit"? pepatah ini sangat femes suatu ketika dahulu dan still relevan hingga ke hari ini. Sungguh benar bagai dikata. Dalam ofis tempat aku kerja sekarang nie ada seorang yang boleh jadi contoh paling sesuai. Serius, aku benci lelaki ini. Rasa hormat dan respek aku terhadap dia telah pun pudar warnanya dan tiada lagi istilah tersebut once aku melihat mukanya. Rasa nak tampar-tampar menggunakan shovel pun ada. Shit! sungguh shit.

First impression aku terhadap dia adalah memandangkan dia seorang yang tua dan telah lama bekerja bersama syarikat ini, aku anggap dia seorang yang berpengalaman dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri. Tapi, bak kata orang puteh, his act prove otherwise. Sies!


Nasib baek sekarang nie aku dalam fasa nak berhenti kerja. Lepas nie aku boleh ucap bye bye lah. Tak hingin nak tengok muka dia lagi. Walaupun masih bekerja disite yang sama, at least aku tak perlu deal dengan dia lagi. Sebenarnya, selama nie pun aku bukannya deal dengan dia sangat pun. Aku QA/QC supervisor, dia safety officer tapi still berjumpa didalam ofis yang sama. Nak tak nak, kene jgak tunjuk muka dan fake kan senyuman. Bila dia nak tanya, memang aku malas nak layan. Nak layan pun ikut mood laa. Aku rasa lagi best berbual dengan construction manager kitorang even though rasa awkward sebab before nie aku pernah gaduh dengan dia. Tapi lepas tu kitorang ok la, lagipun masing-masing pun salah juga. Pressure kerja lah katakan.

Tapi bukan dengan orang tua yang satu ini. Aku tak tau nak explain macam mana lagi. Dah laa tua, sombong, rasa hebat, pentingkan diri sendiri dan rasa diri bagus dan lebih baik dari orang lain. Peh! ini bukan aku seorang yang kata okay. Ramai yang kata dia pun macam tu. Aku just bagitau jer.

Baru tadi aku keluar dari ofis, nak on the way ke jamban. Macam biasalah nak menyempurnakan hajat diusus. Pergi mengeluarkan tahi yang telah lama diproduce. Tapi masa nak ke jamban tu, aku bertembung dengan safety officer kitorang. Masa tu dia sedang berbual dengan salah seorang staff dari syarikat lain, juga sub-kontraktor macam syarikat kitorang gak. Cuma, dieorang handle pasal steel structure.

Masa aku sedang limpas mereka berdua, tiba-tiba scene menjadi slow-motion. Masa tu aku dapat curi-curi dengar apa yang dieorang sedang perkatakan. To be honest, aku tak ingin pun pasang telinga tapi apakan daya, telinga aku disetkan on sepanjang masa dan aku terdengar laa perbualan dieorang. See, I don't get the whole story tapi dari apa yang aku dengar, orang tua itu memang ada talk back aku. Siap ibu jari dia tunjuk aku lagi. Walaupun dia try nak sembunyi, tak nak bagi aku perasan, somehow aku perasan juga akhirnya. Lelaki yang sedang berbual dengan dia pun senyum jer dan tengok aku dengan pandangan muka yang agak awkward. Awkward sebab orang tua tu sedang mengata aku masa aku ada kat situ. Terpampang senyuman yang fake diwajah lelaki tersebut.

Masa tu, perasaan aku hanya Tuhan yang tahu. Last-last aku berak dengan perasaan yang stress. Nak berak pun tiada mood. Tapi nak buat macam mana, tahi dah ready to launch.

Hmm...

Dah lah, aku nak gi flush toilet tu dulu. Tadi aku belum sempat cuci. Disebabkan rasa geram yang amat,  aku update entri sebaik jer tahi yang terakhir keluar. Ok lah. Until next time. Sampai jumpa lagi. Sayonara. Babai. Astalavista. Adios. Chaow!

6 ulasan:

  1. kita nak kerja, dengan hati yg senang lenang, bukan nak disakitikan... aishhh, kalau ena pun tak sanggup... tapikan, kalau beranikan, cuba slow talk dengan dia..tanya apa sebab dia buat macam tu kat kita.. huhuhu sabar ye

    BalasPadam
  2. india? safety offiver site aku semua india

    BalasPadam
  3. @✿Lady Ainaa✿ Tak ah. Memang perangai dia macam tu. Tak dapat nak diubah lagi dah.

    BalasPadam
  4. @gamepoint amd Bukan. Local. Sarawakian. Hampeh tul. Apsal dengan safety india? ada issue jgak ker?

    BalasPadam
  5. pergh..memang sakit hati bro..aku turut merasakan kesakitan hati ko tu... jadi, apa tindakan ko yang seterusnya? kenapa ko tak calit sikit taik ko kat dia? ko simpan sikit sisa taik ko kat jari, pastu ko salam dengan dia. baru dia tau..

    sabar my friend. bersabar tu lagi baik bro. orang2 macam tu memang banyak kat muka bumi ni. rugi je kalau ko calit taik kat dia. buang tenaga je. apa yang penting, sabar dan terus bersabar. pasti akan ada balasan untuk orang sebegitu.

    BalasPadam
  6. @boni kacak Sebenarnya aku berada dipersimpangan membaca komenmu ini bro. Hahah. Ya, teruskan bersabar. Itu yang aku perlu lakukan. Takpe, tinggal beberapa hari saja lagi. Lepas nie, aku blah aa. ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...