Ahad, 7 Oktober 2012

Resident Evil Retribution

Seperti yang dijanjikan.

Semalam aku janji nak buat review mengenai filem Resident Evil : Retribution nih. Tak sempat buat semalam sebab aku mengantuk. Bila bangun tido jer aku terus calling calling bersama Miss S, so tak sempat lah nak update. Jadi pagi ini aku gunakan masa yang aku sepatutnya spend untuk berak semata-mata nak bagi review update ini buat korang semua. Bagi korang yang sedang membaca nie, silalah rasa terharu dan janganlah segan silu menekan iklan Nuffnang dibahagian kiri blog ini ok? opps! terlepas cakap laa pulakk.

Resident Evil : Retribution

Resident Evil : Retribution, filem yang kelima dalam siri Resident Evil. Ianya selepas Resident Evil : Afterlife. Secara jujurnya, bagi siapa yang tak pernah menonton sekuel filem ini tak akan dapat nak tangkap apa yang berlaku sepenuhnya. Sebab dalam filem ini banyak imbas kembali. Malah, watak didalam filem ini pun banyak yang "dihidupkan" semula. Korang mungkin akan rasa agak blurr terutama sekali mengenai latarbelakang watak dan siapa dieorang sebenarnya.


Baiklah, rasanya aku tak perlu cerita sinopsis filem nie sebab aku tak nak spoilkan korang yang belum tonton lagi. Walaupun aku rasa aku mungkin akan ter-spoil sedikit tapi percayalah, aku cuba kurangkan spoiler okay.

Secara keseluruhan, filem ini bagi aku agak tergesa-gesa. Intronya sahaja yang agak lama atau boleh aku katakan, terlalu lama dan membuatkan permulaannya terasa agak kusam dan bosan. Walaubagaimanapun, elemen kejutan berjaya menghidupkan permulaan filem ini (opps! ter-spoil laa pulak). Aku sarankan kalau yang nak lebih thrill, sila tonton filem ini dalam format 3D. Tak berbaloi tapi lebih baik dari tonton 2D. Sekurang-kurangnya korang akan lebih layan kesan khas 3D tersebut. Dipertengahan cerita, semuanya terasa sangat cepat. Bagaikan tak dirancang dengan teliti. Terdapat banyak lompatan dari satu scene ke scene yang lain. Agak sukar nak tangkap apa yang berlaku. Sebab dalam filem ini, scene dibahagikan kepada dua. Satu dimana scene antara Alice dan Ada Wong melarikan diri dan satu lagi scene freelancer group, diketuai oleh Leon S. Kennedy dalam usaha untuk menyelamatkan Alice dan Ada. Aku suggest gak korang yang plan nak tonton filem nie, sila lekatkan mata pada skrin sebab korang tak nak miss some part yang akan buat korang garu-garu kepala dan bontot tanda tak faham dan mula tanya orang kat sebelah apa yang berlaku.

"Kita nak ke mana nie?..." "Tangkap ikan..."

Apa yang aku tak dapat nak terima, setiap kali fighting scene ataupun scene tembak menembak, semuanya bagaikan slow-motion. Ya, aku tahu dieorang nak kasi impak 3D tu tapi agak-agak laa. Aku rasa macam main high end game dalam komputer yang lama. Terasa "lagg" disatu dua scene. Boleh dikatakan agak "sakit mata" sebab otak dan mata aku tak sync every time berlakunya scene-scene tersebut. Sebagai contoh, scene Alice berdepan dengan sekumpulan zombie jepun (Tokyo simulation). Masa aku tengok tu aku macam "dafuqq?!". Dah la fighting movement macam tahi. Seolah-olah bila korang tengok, korang akan kata "perlu ker die buat macam tu?". Banyak pergerakan yang macam mustahil nak buat tapi bila buat macam lebih buang tenaga dan tak patut dibuat. Aku tak tau nak explain macam mana. Better lagi buat macam biasa, just shoot their goddamn brain. Aku lebih suka itu. Nie tak, sampai lompat sana, slide sini, pusing-pusing rantai, reload pistol (nie paling impossible bagi aku) dan macam-macam lagi lah.

Jackie Chan, is that you?

Oh, tak lupa juga kepada kesan bunyi serta background music. Bila masuk scene berlawan, muzik yang dipasang sangat lah tak sesuai. Aku tak nak tau laa tapi macam tak kena, ok. Ianya membuatkan scene tersebut jadi tak best. Sound effect dah okay cuma tinggal muzik saja lagi. Kalau tak percaya, korang tengok filem aksi yang lain yang ada pasang muzik untuk fighting scene. Elemen tersebut agak penting ok sebab kalau tak cun, akan jadi macam dalam Retribution nie lah. Sungguh tidak the veghy sesuai.

Aku assume ramai yang anggap RE ini adalah filem berkisar mengenai serangan zombie. Disini aku ingin ingatkan korang yang RE bukan mengenai zombie. Maksud aku, ianya lebih kepada serangan biohazard atau virus. Dari virus itu, manusia yang ter-infected akan mengalami mutasi dan yeah, some of them jadi zombie. Sebab badan dieorang dah mati tapi otak masih berfungsi cuma tak ada akal jer. Tapi ada sesetengah dari dieorang akan mengalami mutasi yang berbeza, mungkin disebabkan virus yang berbeza atau badan dieorang memang memberi tindak balas macam tu dan akhirnya ada yang sampai jadi besar, takpun tangan besar atau dalam mulut ada something yang keluar and so on.

"Baguslaa semua anak-anak dah tido. Mak nak beli beras jap."

Ok, aku rasa sampi nie jer review aku kali nie. Maaf kalau aku tak bagi detail sebab macam aku cakap tadi, tak nak spoilkan mood korang. Aku bagi point-point penting jer. Walaubagaimanapun, bagi korang yang dah layan siri RE nie, aku sarankan korang tonton Retribution kalau nak tahu, apa jadi dengan Alice. Bagi korang yang nak have fun pun boleh gak layan filem nih. Make sure korang layan 3D to dabel the fun. Filem nie tak berat sangat, cuma flashback tu yang banyak buat korang garu bontot. Bagi aku, filem nie still ditahap masih boleh layan.

Dah lah, sampai nie jer ok. Aku nak gi pecahlaju. Perut dah mintak diisi. Bye~





"This is humanities last stand. The beginning of the end." - Albert Wesker.

4 ulasan:

  1. First ... aku belom tangga gik movie tok ~

    BalasPadam
  2. @Azreen (ONN) Abdul Rani Seken! ya lah tekk. Silalah ke panggung wayang berdekatan. Embak Rais nun gak. Tapi nya udah tangga laa. Hik3.

    BalasPadam
  3. ketiga, jyeah! xberminat nak tangga. mok nangga Taken 2 gk. :D

    BalasPadam
  4. @cik fizah Owkayy. Tanggalah cya. Sekda orang larang ponn.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...