Isnin, 8 Oktober 2012

Newcastle United 0 - 3 Manchester United

Sebenarnya aku nak update pagi tadi...
Hai! berjumpe lagi kite~
Perlawanan malam semalam antara Newcastle United dan Manchester United telah pun berakhir dan keputusan telahpun memihak kepada pasukan pendatang dengan kemenangan 3 jaringan tak berbalas. Gol dijaringkan oleh Jonny Evans, Patrice Evra dan Tom Cleverly. Secara jujurnya, Newcastle beraksi dengan agak kuat malam tadi dengan asakan demi asakan diberi namun berjaya dipatahkan. Man Utd walaubagaimanapun lebih kepada serangan balas dan tampak agak agresif. Lihat sahaja jumlah kad kuning yang mereka kumpul malam semalam. Shinji Kagawa, Robin Van Persie, Rio Ferdinand dan Paul Scholes masing-masing mengumpul kad kuning sekeping.


Sebaik sahaja sepak mula, Newcastle mula menyerang. Minit ke-4, Gutierrez mula merembat padu namun tersasar beberapa inci dari gawang. Kemudian, United pula menyerang, menerusi Welbeck namun rembatan Welbeck seperti kekurangan tenaga batin disitu. Minit ke-7 menjadi cemas apabila RVP mendapat lob yang agak cantik namun gagal masuk ke gawang berkemungkinan disebabkan oleh sudut yang agak tipis dan penggunaan kaki kiri yang sememangnya bukan kekuatan RVP. Sepakan sudut untuk United. Minit ke-8 akhirnya bola berjaya menemui gawang gol hasil sepakan RVP dan ditanduk masuk oleh Jonny Evans! boleh dikatakan tandukan itu agak deras juga. Selang beberapa minit kemudian, Welbeck menjadi gila dan cuba merampas bola one-by-one dari Harper, penjaga gawang Newcastle. Bola terlepas dan masa tu aku rasa Harper dah mula kecut perut namun Welbeck tersasar walaupun gawang gol dah terbuka seluas-luasnya. Sayang sekali. Hmm.

"Hoih! tingginya kau lompat Joni!"
Cleverly dikasari oleh Tiote dan United mendapat sepakan percuma. Kali ini, Rooney yang mengambil sepakan dan sepakan tersebut tepat ke sasaran tetapi berjaya ditepis oleh Harper berkesudahan dengan sepakan sudut. Sepakan sudut dari Rooney menemui kepala Evra dan gol!! sekali lagi Newcastle diuji dengan tandukan dari sepakan sudut dan masih lagi bolos. Kelihatan Gutierrez menjerit, meminta rakan sepasukan "menjaga" Evra namun tiada seorang pun yang ambil peduli. Semua sibuk "menjaga" pasangan masing-masing dan akhirnya Evra single dan berjaya menanduk bola tersebut. 2 untuk United. Selepas itu perlawanan berlangsung seperti biasa. Passing, shooting, tackling, fighting, farting dan acting namun tiada gol dijaringkan.

"Arghh!! macam mana nak elak bola nie??"
"Eh, aku ker yang gol tadi?"

Mari kita masuk ke separuh masa kedua. Kita skip hingga ke minit 50 sebab sepanjang masa tersebut, tak banyak point penting untuk dihighlight. Hanya yang kelihatan manager Sir Alex mengunyah chewing gum dengan tekun sekali. Minit ke-50, kali ini United pula yang diuji. Kekurangan pemain didalam kotak membuka peluang buat Newcastle. Ba mula menggegarkan gawang dengan menghentam bola ke palang dan disambut mesra oleh Cisse. Cisse menanduk dan bola masuk kedalam gawang namun berjaya ditolak keluar oleh De Gea. Ianya menjadi kontorversi namun setelah diulang tayang dikedai mamak, masih juga gol itu tidak dikira. Still Newcastle 0-2 United. Minit ke 70, bahagian tengah menjadi kucar-kacir memaksa Rooney memberi bola kepada Cleverly kerana dia tak tahu nak buat apa lagi. Cleverly berhenti sejenak dan melihat jauh ke hadapan, rasanya dia ingin menghantar bola kepada RVP nun jauh disana namun bola tersebut tak semena-mena masuk ke dalam gawang gol. Dan golll!!! satu lagi jaringan menjadi milik United.

"Arghh!! mencik ah. Masuk gol laa pulakk. Mencik mencik!!"
"Hey bro! lama tak jumpa dikedai kopi. Apa cerita?"

Perlawanan diteruskan hingga wisel penamat dibunyikan. Kemenangan memihak kepada United lantas meletak United ditangga kedua selepas Chelsea. Dalam pada itu, City masih lagi mengejar dan memiliki point yang sama dengan United. Liverpool pula berada ditangga 14, itu yang pasti.
"Cantek baju kau. Aku nak satu."

Baiklah, sampai disini sahaja ulasan aku, Hasbullah Offside. Sampai berjumpa lagi.

12 ulasan:

  1. pertarungan memang sengit malam tadi...p apa2 pun newcastle tetap kucar kacir permainannya...sbb ya asal corner mesti goal hehe ~

    BalasPadam
  2. Lupak nak madah tek First yeahhhh ~

    BalasPadam
  3. @Azreen (ONN) Abdul Rani Ya lah tekk. Silap marking juak aku rasa. Especially part Evra score ya. Gutierrez udah nerais udah nyuroh mark Evra tapi sekda yang berik response. Kali tangga, nahh kawu! amik gol cgek. Huhu~

    BalasPadam
  4. @Azreen (ONN) Abdul Rani Aok lah. Kawu laa yang first berak kat sitok. Boh lupak flush jak. Button flush da belah kirik nok da iklan menari-nari ya. Hik3.

    BalasPadam
  5. ulasan macam siott..hahahaha.. kurang tenaga batin semua ada..hakhakhak

    BalasPadam
  6. @boni kacak Itu mesti!! huhu~ Welbeck semalam tak berapa nak menyerlah aa. Bagus well back jer lah. Main pes dirumah lagi bagus untuk beliau. Huhu~

    BalasPadam
  7. @gamepoint amd Yup! ingatkan dia nak cross bagi dengan RVP, rupanya tak. Dia kata dia memang aim dalam gawang gol. Giler aa.

    BalasPadam
  8. @cik fizah Eh eh? sejak bila menyokong MU nie Cik Fizah? ;P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...