Rabu, 3 Oktober 2012

Dari mana datangnya lima ringgit nie?

Hari ini hari rabu. Kebiasaanya para blogga akan post entri dengan tag Wordless Wednesday. Bagi aku, tak payah nak wordless sangat laa. Hehe. Takde aa, nanti aku post wordless wednesday gak. Aku nak snap gambar punggung. Mesti kachak kan? huhu~


Ok, kenalkan gambar diatas adalah duit lima ringgit. Mustahil laa bagi warganegara Malaysia tak mengenal duit tersebut. Lama duduk di Uganda kah apa. Tetapi, ada apa dengan duit tersebut? apakah kejadahnya di awal pagi dah post gambar duit? nak terima gaji kah?

Sukacitanya, ingin aku maklongkan bahawa ya korang memang... silap! aku dah gaji aa dan duit gaji pun dah habis. Full stop! aku habiskan duit gaji ibarat menghisap cokelat Nips yang cair dimulut dan bukan cair ditangan. Sangat the veghy cepat sampai aku tak sempat bergambar kenang-kenangan bersama duit tersebut. Sesi suai kenal pun tak sempat nak buat. Hurm. Boros, memang dasar pemboros. Itu lah aku. ::senyum::  :D


Oh, berbalik kepada gambar yang distapler diatas. Apa yang signifikannya duit tersebut? kisahnya begini. Pagi tadi (awalllll pagi tadi which is pada jam 12:48 pagi) aku masih lagi berjaga dan belum masok tido. Biasa la, Batman katakan. Aku stay up untuk stand by. Mana tahu ada insan yang lemah memerlukan bantuan. Sambil2 itu, aku berkoling sayang sayang dengan Miss S. Oh sungguh mesranya. Eh?

Dalam pada itu, aku sedang menyemak akaun Nuffnang aku. Alangkah terkejutnya beruk aku, I mean aku terkejut seperti beruk apabila melihat baki duit untuk CPC campaign telah bertambah sebanyak lima ringgit. Sebelum nie, balance dalam tu ada laa dalam lima ribu setengah. Sekarang dah bertambah lima ringgit so balance terkini adalah lima ribu setengah and 5ive ringgit. Huhu~

Persoalannya sekarang, dari mana duit itu datang? bukankah CPC itu Cost Per Click? siapakah golongan yang bermurah hati sampai klik iklan diblog aku sehingga menjana 5 ringgit? bukankah itu lebih banyak daripada biasa? someone, siapa-siapa yang arif pasal nie, sila explain dengan aku pliss. Aku blurr dan tak paham.

Dalam pada itu, lima ringgit itu sangat bernilai. Kalau beli topap, boleh membuat panggilan selama satu jam 20 menet kalau ikut pelan ini ---> pelan berbaloi-baloi. Kepada insan yang sedang berkasih kasih macam aku nie, 5 ringgit nie sangat bermakna okay. Bagi yang selalu sakit perut, lima ringgit tu bole menampung korang untuk berak ditandas awam sebanyak 25 kali. Jadi gunakan kelebihan yang ada ini. Kalau tolak pembelian segolong tisu tandas, still juga masih mampu untuk menampung. Lima ringgit juga boleh mengeratkan silaturahim. Korang belanja aku teh tarik satu dan nasik goreng plus telur rebus, apa macam?

Apa jgak bole buat dengan lima ringgit? korang pikir lah sendiri. Huhu~

Kepada Miss S, I dah bankin duit tadi. So, sila bahagikan duit kepada anak-anak ye. I dah bagi nafkah zahir, nafkah batin jer blom lagi. Dah balik nanti, boleh claim nafkah batin. Eh eh? lalalalalalalala~ ;P

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...