Selasa, 2 Oktober 2012

Baru dapat on9...

Haahhh.. fuhhh.. huh.. hmm...

Nafas turun naik dengan mendadak. Jantung mengepam darah tiga belas kali ganda lebih cepat. Ibarat jantung Husin Bolt yang sedang berlari meluru ke dalam jamban gara-gara tahi dah nak keluar. Terasa bagaikan ikan paus yang terdampar ditepian pantai pun ada. Nafas terasa sesak, sesak yang amat.

Sekarang baru rasa lega. Setelah dibekalkan dengan tong oksigen. Aku mampu untuk kentut dengan sempurna. Tidak seperti tadi, nak kentut pun tiada upaya. Alhamdulillah, syukur ya Allah.


Sebenarnya...


Intro diatas hanyalah metafizik sahaja. Eh, bukan. Aku sebenarnya nak maksudkan metafora. Bukan aku yang sesak nafas. Tiada sesiapa yang sesak nafas dan tiada hidupan laut yang diancam sepanjang pembikinan intro diatas. Apa yang terjadi sebenar-benarnya adalah bodben aku mati dan putus nyawanya buat seketika. Sebab lain tak bukan adalah... korang paham-paham lah. In fact, aku mana tahu bile dieorang nak putuskan talian tersebut. At least bagi laa warning. Nie tak, main putus jer. Aku putuskan konek dieorang baru tahu. Opps! I mean, koneksyen (connection) talian dieorang. Haipp!! jangan fikir yang bukan-bukan walaupun aku tahu korang cenderung untuk berfikiran lucah. Jangan ok, jangan.

Kini... tak perlu gusar dan tak perlu bimbang. Aku dah mintak tolong spiderman uruskan. Dan sekarang aku dah boleh kembali onsembilan dengan normal. Err... onsembilan tu on9 laa. Hik3. Sajer jer aku nak menguji kecerdasan minda korang.

Dah lah, aku nak masuk jamban dulu. Dari tadi aku tunggu turn untuk masuk sebab aku ada sedikit tahi untuk didermakan. Aku tak nak simpan. Aku rasa dah tiba masanya. Ok lah. Aku gerak dulu. Babai~

Erk?! prottt *terkentut jap*

8 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...