Sabtu, 13 Oktober 2012

Bakar duit...

In before, ini entri semalam...

Hari nie terasa kosong. Mungkin sebab aku tak kerja. Dari pagi tadi aku tak tau nak buat apa. Pagi tadi aku ada semangat sikit nak bangun. Aku siap kemas katil, lipat selimut dan kemas-kemas apa yang patut. Kalau tak, biasanya aku biarkan selimut macam tu ibarat perempuan simpanan yang dibiar lepas di'pakai'. Macam bungkus belacan pun ada, takpun bungkusan nasi lemak.Tapi bukan pagi tadi. Aku siap basuh bantal yang terukir peta harta karun. Ya, harta lah sangat!! padahal air liur bergerak secara random diatas permukaan bantal busuk. Gerakan Brown kan? eh bukan, itu untuk zarah gas.

Kebiasannya jugak, bila aku buka mata, aku akan on laptop dan menyemak update status rakan-rakan, sahabat handai, dan juga kenalan alam maya. Tapi bukan pagi ini. Pagi ini aku improvise. Dah lama dah aku tak bangun cuci muka. Ya! aku bangun pagi tadi terus cuci muka. Biasanya aku bangun, aku terus mandi dan mulakan dengan mencuci bontot. Tapi bukan pagi tadi.


Lepas habis semuanya termasuk mandi dan gosok gigi. Baru laa aku online...

Oi! stop stop!! ini bukan diari lah hoi. Mari kita lompat ke acara penting.

Petang tadi aku bercalling dengan Miss S. Entah macam mana, tetiba aku buat hal. Aku macam layan tak layan jer dia. Dipendekkan cerita, dia merajuk. Dia off handphone. Dua-dua off. Aku mula menggelabah. Garu-garu ketiak memikir apa yang patut aku buat. Bukan setakat garu, aku cabut sekali bulu yang ada. Demi untuk memaksa otak aku berfikir dua kali ganda lagi cepat. Masa tu macam-macam dah aku fikirkan. Aku bayangkan worst case scenario yang mungkin berlaku. Adakah dia akan meminta cerai dari aku? patutkah aku lepaskan dia? dan apa akan jadi kalau aku tak bersama Miss S lagi. Aarghhh!! otak aku mula jammed. Tekan ctrl + alt + del pun tak guna. Tetap takde respon.

Masa tu aku jadi gila. Nak melancap pun hilang feel. Kepala aku asyik memikirkan apa yang terjadi. Aku ada try chat dengan Miss S tapi dia tak balas. Aku takut, kecut perut dan peluh jantan mula mengalir deras. Basah spenda yang aku pakai. Nasib baik aku pakai yang kalis air. Tapi rasa bertakung laa dibahagian dalam. Aku gila. Gila-gila remaja. Eh, mana remaja lagi. Aku dah cecah 40-an kott. Gila-gila dewasa laa.

Fikiran aku tak tenang. Bak kata pepatah, mandi tak lena, tidur tak kenyang, makan tak basah. Semuanya rasa serba salah. Bahkan aku spend masa didalam jamban selama setengah jam. Bukan mangkok jamban 2.0 tapi memang jamban rumah aku. Kebanyakkan masa aku luang memikirkan mengenai Miss S. Serius tak basah. Sebab aku tak bukak shower lagi. Macam mana nak basah?

Habis mandi, sembahyang dan apa semua, aku sambung online. Masa tu aku nak update entri, tapi tak dapat sebab masa tu aku rasa gila. Ok, aku depress sebenarnya. Perasan aku masa tu bercampur baur. Lebih sebati dari air 3 layer, 3 rasa, 3 suara. Marah, sedih, menyesal, kecik hati, benci, rindu semua ada. Gembira jer tak. Entah kemana tuju gembira. Mungkin ke jamban, berak. Nak update entri pun salah, tak update pun salah. Jadi sebab tu laa terhasilnya entri sebelum nie. At least ada update. Kalau tak update, tak sah rasanya. Ibarat mandi tak bersabun.

Lepas tu aku sambung gelisah, resah dan menggelabah. Aarghh!! aku dah tak tahan. Aku ambik kunci moto dan terus dapatkan wallet beserta helmet. Aku start dan pecut sekuat harimau. Sambil itu, lagu Kristal-Memburu Impian bermain diminda. Aku pun heran padahal aku pasang lagu Najwa Latiff-Kosong. Pucuk dicita, ulam mendatang. Lebih kurang begitulah pepatah yang sesuai digunakan untuk kes aku nie. Tapi tak apa, janji feel. Semakin aku menyusuri jalanan yang berliku, semakin ligat lagu itu bermain diminda sampaikan aku pun turut serta bernyanyi. Dalam pada itu, mataku mengerling kanan dan kiri. Kasi goyang sama pengguna jalanan yang lain. Even kereta Hummer itu pun sekejap-sekejap membrek melihat kelibatku yang hendak memotong. "Takut lettew" bisik ku dalam hati.

Aku memecut dari tadi tapi tak tahu mana nak berhenti. Perjalanan tak dirancang, nie laa yang jadi. Akhirnya bank harimau juga yang menjadi destinasi. Cucuk duit laa apa lagi. Tapi tak banyak aa, itu yang pasti.

Lepas tu aku jalan-jalan seorang diri. Cari apa pun tak tahu lagi. Aku masuk kedai tu, keluar kedai nie. Last-last aku beli cd. Plus air twister oren, double mint chewing gum dan pemetik api. Pemetik api? apa fungsi?

Oh, RM30 aku hilang macam tu saja. =.='

4 ulasan:

  1. Miji aku tok first hahahahaha ko beli sigup owh padah afiq lak hahahahaha

    BalasPadam
  2. @Tanpa Nama Aku beli lighter k bakar sampah.

    BalasPadam
  3. @Fendy Tak lah. Nak hidupkan api, buat BBQ. Huhu~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...