Khamis, 4 April 2013

Tak komersial pun tak apa


Wassap bro! and hye awek-awek kiut sekalian~

Apa khabar hari ni? masih produktif seperti semalam? sudah tentulah produktif kan? sebab harini adalah hari Khamis dan besok hari Jumaat, lusa dah mula cuti hujung minggu (buat certain pekerja) dan hujung minggu pulak semakin menghampiri. So semangat tu mesti better dari hari isnin. Betul tak? siapa setuju dengan teori aku diatas, sila senyum tak perlu kata apa-apa. Jangan tersenyum kambing sudah. Senyum tapir pun jangan. Huduh tahu.

Tahu tak mati-mati aku ingatkan hari ini hari rabu. Pergh! macam mana boleh lupa dengan hari ni? sibuk sangat ker sampaikan hari yang cuma ada tujuh nama tu pun boleh lupa? makan banyak semut agaknya. Nasib baik hari cuma ada tujuh jer. Kalau hari ada 18? mampos aa nak mengingat. Mesti kena dua tiga belas kali cek kalendar.


Tahu tak, lately ada orang komen pasal nama blog aku. Katanya hina, tak komersial bagai. Peh! bro, kalau aku nak komersial, aku letak nama blog Ikan Terubok Masin laa weyh! Kopok Lekor Ganu Kite. Apesal plak nak komersial? ko tak tahu cerita, sukahati jer nak komen. Sila kembali ke pangkal jalan dan rujuk SINI kenapa nama mangkok jamban aku pilih.


Part yang hina tu aku tak paham. Sehina mana pun, situ jugak kau tuju bila kau nak berak. Ker ko lebih rela berak ditepi jalan sambil diintai kucing jalanan? malu la hoi. Even kucing yang intai kau tu pun korek lubang bila nak membuang. Jangan tanya mana aku tahu. Dekat youtube berlambak tutorial how to dump shit for cat. Haaa.. mesti ko nak search, kan? heh!

Sebenarnya, aku tak marah. Sajer jer nak release tension. Tension buat AutoCADD. Relaks jap apdet blog. Kerol, kalau kau komplen dekaat bos aku tak buat keje, aku sumbat hidong kau dengan M12 bolt. Nak? lagi satu, aku harap kau baca entri ni sebab aku susah payah luangkan masa nak taip. Hensem tak aku?  mihmihmihmih.

Buat Kerol Imran Zenol, jangan lupa belanja aku Mekdi bila dah gaji nanti. Ok, tu jer aku nak apdet. Babai~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...