Selasa, 2 April 2013

Harga sebuah lighter


Fuhhh~ beberapa kepulan asap rokok dihembuskan. Kelihatan asap berkumpul dan membentuk rupa seperti seekor tapir jalanan. Hebat! itulah kelebihan Amir Irzam atau lebih dikenali sebagai Wan dikalangan sahabatnya. Keupayaannya membentuk asap rokok menjadi pelbagai rupa. Ada rupa kereta, mesin basuh, selipar jamban dan juga alat penggaru bontot.

Selain itu, hobi beliau adalah berenang diatas jalan tar dan mengutip buah cempedak diluar pagar. Wan mula merokok sedari sekolah rendah lagi. Dikala itu, budak-budak lain semua sibuk membeli tayar spare kereta Tamiya takpun shopping membeli-belah baju dalam untuk Barbie. Tapi bukan Wan. Fizikalnya mungkin tampak seperti kanak-kanak belum baligh tetapi sikapnya tak ubah seperti lelaki berusia 30-an. Lepak diwarung, minum kopi, kacau anak dara orang dan main dam aji.


Disebabkan sikapnya itu, Wan dilayan seperti orang tua. Malah Wan ada membership card warung tersebut selama setahun. Hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an. Masih muda lagi. Kumis pun malu-malu kucing nak tumbuh. Cuma bulu hidung sahaja yang tidak ditrim sehingga terkeluar sedikit dari wilayahnya. Lelaki tersebut senang dengan panggilan Zakar. Tidak, bukan! ini bukan typo. Memang namanya Zakar. Nama penuhnya adalah Zakariahalomalibom. Terlalu panjang untuk dipanggil lalu dishort-cutkan menjadi "Zakar". Namun, ada apa pada nama? tak mencerminkan bahagian sulit seseorang pun.. kan?

So Zakar berjumpa dengan Wan. Saat pertama mereka bertemu, mereka sudah tahu mereka ada chemistry. Tidak! jangan tukar channel anda atau betulkan kaca tv. Ini bukan kisah mengenai dua orang gay. Ini bukan cubaan, ini betul-betul.

Dahlah. Letih aku menaip. Apa benda aku taip pun tak tahu. Tadi aku tengah buru kutu yang tak bayar sewa tinggal dekat ketiak aku. Tanpa aku sedar, aku sedang menari atas keyboard. Tak sangka pulak jadi sebuah entri. Kalau aku menari lebih lama, mesti aku dapat siapkan sebijik novel. Pergh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...