Selasa, 2 April 2013

Malang tak berbau, cuma tinggalkan kesan jer

So semalam Man U kalah? peh, aku okay. Lagipun semalam aku sibuk mengajar tapir jiran menghafal lirik lagu anak itik tok wi. Berapa puluh kali dah aku ajar, sebaris lirik pun tak lepas lagi. Hmph! dasar tapir punya tapir.

Aku takde hal sangat la kalau setakat Man U kalah kepada Chelsea. Game semalam pun boleh tahan jugak sebenarnya (padahal aku tengok 10 minit jer). Lepas Ba bi jaringkan gol dan sujud shukur, aku terus blah pergi mandi wajib. By the way, bukan offside ker? aku berada ditempat kejadian semasa jaringan tu berlaku tapi aku tak pasti kalau dikira onside atau offside. Takpe takpe, bola itu bulat dan berak itu indah. Kita bagi jer muka dekat dieorang. Dah lama dieorang idamkan nak dapat piala tu untuk simpan jeruk. Bagi jer lah, kan. Haa, kau yang fans Liverpool dengan Arsenal ni bersorak ibarat beruk makan belacan cheese ni dah kenapa? memang menjadi kewajipan ker tiap kali Man U kalah jer korang nak bersorak lebih lagi dari pasukan yang berjaya kalahkan Man U? hish, korang nie. Ibarat Pak Pandir menang sorak kampung wifi tergadailah. Blah la wey.


Selain daripada itu, aku ada berita lebih penting lagi. Semalam aku makan kambing cincang. Pergh! sedap siott. Rasa macam kambing. Tapi itu bukan sari berita penting. Yang menjadi tajuk berita utama semalam adalah, dalam nasi ada tahi. Ya, tahi. Korang tak percaya? nasib baik aku pakai kanta mata tebal high-definition.

Kisahnya begini... Erhmm *betulkan anak tekak dan telan kahak*..

Makanan yang aku order dah sampai. Aku order Lamb Chop dan nasik putih. Masa tu kakak pelayan tu hantar la makanan tu. Tapi bila dah sampai atas meja aku, entah macam mana bak kata pen patah, sudah jatuh ditimpa tangga, dekat atas nasik putih aku tu ada sebijik objek kaler hitam dengan sedikit tompok putih kecil. Haa.. korang boleh bayangkan tak apa benda tu? tak! bukan tapir. Ini objek memang tak boleh pakai punya. Sebab tu objek tu dibuang. Tapi masalahnya kenapa nasik putih aku menjadi mangsa? why? porque? kiu? nanda?

Yes, korang sememangnya bijak. Objek itu adalah najis cicak. Kurang asam punya cicak. Berak merata dah tu nasik aku pulak jadi sasarannya. Masa tu aku cuba nafikan dan aku ketis objek tersebut. Kusangkakan hujan tapi taufan yang datang. Objek tersebut bukanlah pepejal sepenuhnya sebab bila aku ketis, ianya menghasilkan kesan (trail) macam kesan bunga tayar atas nasik aku. Memandangkan nasik tu putih, maka kelihatanlah jalur berkaler hitam disitu. Agak-agak aku makan tak? yes, aku makan dengan selambanya. Huhu~

Of course lah tak! aku mintak tukar nasik tersebut sebab nasik tu dah tak virgin lagi. Tahi cicak dulu yang rasmi nasik tersebut. Hmph!


Ok lah, aku nak tidur dulu. Dah lewat dah ni. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:40 minit pagi hari selasa 2 April 2013. Semangat tak aku menaip entri? tak pernah aku buat sebelum ni. Inilah julung-julung kalinya. Tepuk tanganlah weyh. Penat aku menaip bagi mood korang nak baca entri ni. Huu~

Okbai!

..z..Z..Z..z..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...