Khamis, 28 Mac 2013
KE MANA HALA TUJU BLOG AKU?
Siapa boleh jawab soalan diatas, aku bagi RM100. Ok, jawapannya ke laut. Yes, tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya jawab soalan yang ditanya oleh diri sendiri. Terima kasih very much.
Gila!
Aku rasa recently aku dah jarang berblog. Peh! tak payah rasa la weyh, memang nampak pun aku dah jarang berblog. Bukan sebab takde idea (kononnya laa) tapi sebab aku takde masa. Masa itu emas, tapi aku takde masa so equal to aku takde emas times four divided by divider eksiden lalu mati ditempat kejadian.
Apa aku merapu nih?
Seriously entri yang yang aku post semenjak dua menjak bermenjak-menjak nih banyak yang agak serius dan bosan, kan? hampeh betul laa. Blog aku dah tak seceria dulu. Dah tak semerbak dan seharum mangkok jamban yang belum dicuci selama sebulan. Pergh! *please jangan imagine baunya macam mana*. Sepatutnya blog aku ni ceria dan menceriakan macam suatu ketika dahulu. I'm sorry my blog, I've spoiled you. But nevermind, we find our way out ok. Together, we can achieve what we want.
*PANG!!*
Satu hempukan lembut dilemparkan kat kepala sendiri. Aku gila ker ape? ok, jangan jawab soalan tu. Itu cuma soalan retorik sahaja. Anggap jer aku sedang berbicara sendiri.
Sebenarnya kan.. sebenarnya aku nak taip entri panjang-panjang sebab aku dah lama tak berblog. Oleh itu, jangan la korang marah kat aku sebab entri ni terlalu panjang sampaikan korang bosan dan terus blah dari sini tanpa flush terlebih dahulu. Make sure flush dulu okay. Lepas berak kena flush. Kesian makcik cleaner terpaksa cuci bekas najis kau yang boleh kau settlekan sendiri dalam 2 saat. Ya, 2 saat. 2 saat jer untuk menekan punat flush tu. Tak memerlukan tenaga yang banyak dan tidak melibatkan kos secara langsung.
Pergi tido aa Miziey!
Sebenarnya sekarang lunch time tapi aku plan untuk tak makan. Motif? sebab aku tak bawak bekal dan taknak susahkan mak aku bangun awal pagi masak sedap-sedap untuk aku. Baik kan aku? ada contoh anak mithali tak? lagi satu, aku tak sempat belikan lunch meal. Nak masak maggi, malas. Padahal maggi ada dalam drawer, sedang tak tahu nak buat apa. Duduk jer dengan tenang dalam tu. So, aku skip lunch hari ni. Kita tengok petang nanti samada aku masih waras atau tak.
Dah lah. Panjang sangat entri nih. Mesti korang bosan kan kan kan? ok lah. Aku nak tido kejap mencari mimpi indah. Hopefully aku mimpi yang aku sedang makan tengah hari so minda aku tertipu dan lupa yang sebenarnya aku belom makan. Sampai disini sahaja ye adik-adik. Berjumpa kita diwaktu, tempat yang sama lagi diminggu hadapan! bye~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lunch time pergi la makan tdo apa
BalasPadamKan aku dah bagitau nape aku tak lunch. Ahhhh!!
Padam