Jumaat, 15 Mac 2013

Ringan Kepala

Stress, kusut dan gatal kepala disatu dua tempat. Dia duduk diatas kerusi sambil matanya melihat ke arah paparan skrin. Namun fikirannya melayang entah ke mana. Seperti banyak masalah yang sedang difikirkan.

Kelihatan beberapa keping kertas A3 berhamburan diatas meja. Handphone, gelas serta pen turut memeriahkan suasana. Papan kekunci dan tetikus diam seribu bahasa. Paparan skin terkebil-kebil menunggu gerakan seterusnya.


Pen mula digapai. Tudung dicabut dengan rakus dan batang digenggam dengan erat. Bahagian sulit pen di geser bersama kertas, memaksanya untuk mengeluarkan cecair. Cecair keluar namun tak tahu apa yang ditulis. Hanya beberapa garisan yang kelihatan dengan ton yang berbeza.

Dia hilang fokus. Apa yang dia buat? dia mula mendapatkan pintu. Keluar dari pejabat itu, ya, itu yang dia perlu buat. Tapi hendak ke mana? dalam fikirannya dia perlu satu tempat untuk dia duduk bersendirian. Tandas, sepertinya satu-satu pilihan yang ada.

"Tandas pun tandaslahh.."

Ruangan tandas kelihatan lenggang. Kosong dan tidak berpenghuni. Dia pilih mangkok jamban dua dari kiri. 'Port favourite' katanya. Kononnya kerana disitu gelap sedikit disebabkan pencahayaan kurang. Mangkok tandas yang ternganga ditutup mulutnya. Dia duduk disitu. Poket seluar jeans nya diraba, mencari sesuatu.

"Yes.."

Kelihatan seperti kotak dan pada kotak itu tertera gambar mulut dengan label "Rokok penyebab kanser mulut". Sebatang rokok dikeluarkan dan diletakkan dicelah bibir. Sekali lagi jeans diraba. Sudah tentu kali ini mencari pemetik api. Pemetik api Alladdin berwarna biru lutsinar digenggam. Api mula dinyalakan dan rokok mula terbakar.

gambar sekadar rujukan untuk membantu imaginasi pembaca

"Heh... pembakaran sempurna"

image credit to Google. :)



6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...