Selasa, 5 Mac 2013

Care ke kalau share?

Aku baru tahu, kenapa this very recent aku kurang nak layan facebook. Kalau aku buka pun, mungkin sebab nak post status ataupun nak ping blog. Setiap kali baca news feed, aku kadang-kadang rasa geram, menyampah dan hampir je nak unfriend orang-orang dekat facebook. Selain dari terbaca status yang menyampah dari BBNU yang menggunapakai bahasa "alien", aku menyampah dengan orang yang gila share. Tahu bahasa "alien"? aLaA, TaKKaN TaK TaWu. TiPUWw aRRr <--- contoh bahasa alien. Aku tak pandai imitate. Sorry!


Berbalik kepada yang gila share tadi. Yes I know its your right untuk share apa-apa saja yang kau nak tapi atleast make sure (jika korang share fakta atau berita) ianya betul dan tepat. Sebelum share, pastikan korang kaji terlebih dahulu sebab perangai korang ni tak jauh beza dengan blogger kopipasta. For sure, para blogger tahu la apa itu blogger kopipasta. Bila dia rasa entri tu menarik dan patut dikongsi bersama, dia copy entri tu bulat-bulat (ada certain yang edit sikit) dan publishkan. Ada yang baik tu dia akan backlink ke entri asal. Takde masalah untuk itu. Betul! dan tak salah jugak kalau nak share terutamanya jika niat untuk beringat sesama sendiri. Tapi macam yang aku katakan tadi la, pastikan ianya betul. Take sometime and do a little bit research sebelum share sesuatu.

Itu baru cerita mengenai fakta atau berita, belum lagi cerita mengenai hadis lagi. Kalau ada orang orang sebarkan hadis yang tak sahih, macam mana? nak nak lagi hadis tu memang bersumberkan Nabi sendiri. Korang tahu tak apa hukumnya sebarkan hadis yang tak betul + bersumberkan Rasulullah? masak woa~ so, gotta make sure ianya betul okay. Jangan sekadar nak share jer.

Aku pun bukannya perfect sangat, infact aku sendiri pun pernah buat macam tu. Lepas tu aku rasa macam bersalah pulak. Thats why aku nak kita sesama ingat mengenai perkara ni. Setuju? sila share. Hahah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...