Selasa, 30 April 2013

Henshin! bertukarrr!!!

Okay gaban gaban sekalian. Sila tarik nafas dalam-dalam masuk peparu dan please jangan kentut.

Amacam? cantek tak jamban baru guwa? sekarang guwa dah pun renovate jamban guwa hasil sedikit sumbangan dari penyangak-penyangak kampung dusun seberang setelah berjaya memecahkan bilik kebal bank Stendet Chatet tempoh hari. Ingin guwa ucapkan belasan trimass kepada mereka yang sanggup membahagi-bahagikan harta untuk didermakan kepada guwa. Dan akhirnya, ini lah hasilnya. Guwa berjaya megubah sebijik jamban typical menjadi sangat jambanic aura bertukar dari kaler putih putih melati kepada oren + kunin cirit. Diharap lu semua enjoy semasa melepak didalam jamban guwa.

Sebenarnya.. sebenarnya.. design jamban ini merupakan ilham dari blog lama guwa. Siapa yang follow guwa sejak tadika tu, paham laa perasaan guwa. Dulu blog guwa pun macam ni gak. Tak la segempak mana, tapi lagi gempak dari blog guwa yang sedia ada. Tapi apakan daya... jodoh tiada *tetiba*

Oleh itu, diharap dengan menukar sedikit wallpaper dan beberapa golong tisu tandas, jamban ini akan mekar mewangi dan menjadi segempak blog guwa yang dulu. Hahah. Takdelah. Sebenarnya guwa sukakan kombinasi warna ni. Semangat guwa jadi membara bila melihat blog guwa yang sebegini cantek rupa. *Ok, parit ada disediakan, sila muntah diparit yang berhampiran.*

Dengan itu, walaubagaimanapun jua, guwa harap lu semua tak lah berasa hampa dan kechewa. Guwa tahu, guwa tak dapat nak puaskan hati semua orang... hek ele! peduli laa sama hati luu. Janji hati guwa ini puas. Guwa berpuas hati dengan blog guwa. Heh!

Hulk pun sukeee
Ok lah. Maafkan guwa. Sampai disini sahaja warkah untuk kali ini. Diharap jika ada sumur diladang boleh lah kita menumpang berak, kalau ada umur yang panjang datanglah sini kita lepak-lepak. Wabilahitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Ciao!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...