Khamis, 2 Mei 2013

Aku, kau & dia...

Spoiler alert!
*Maaf, ini bukan entri romantik mahupun entri bergenre aksi. Ini entri thriller yang penuh saspen dan digarap dengan kemas serta digaul dengan sebati ibarat Rojak Haji Man*

..aku gurau jer..

Sebelum aku mula, aku nak mengeluh, boleh?

"Hmmph~"

"Budak-budak zaman sekarang..." itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Aku tahu, budak-budak sekarang makin advance dari generasi sebelumnya. Tak perlu la aku keluarkan istilah generasi Y, generasi Z atau generasi X sebab aku sendiri pun tak tahu maksud istilah tersebut. Aku tergolong dalam generasi mana, pun aku tak tahu. Tapi aku dapat bezakan antara lapisan generasi tersebut. Macam dalam family aku, maksud aku family besar dimana yang duduk diatas sekali datuk & nenek dan terus bercambah beberapa peringkat kepada anak, cucu dan cicit dimana aku duduk dalam kumpulan cucu, aku dapati kami (kitorang semua) ada beberapa lapisan.



First sekali lapisan awal 80-an (atau mungkin awal lagi) ada beberapa orang. Dieorang ni adalah kakak-kakak saudara aku plus seorang abang saudara (semuanya sebelah mak), lepas tu lapisan hujung 80-an (aku dalam kumpulan ni) ada sorang dua plus aku jadi tiga, gwiyomi. Then lapisan awal 90-an (yang ni ramai termasuk jugak adik aku). Lepas tu ada pulak pasca Millenia (dieorang ni lagi ramai even ada "cicit" yang sebaya dieorang). Ada jugak yang lahir 2~3 tahun lepas. Alhamdulillah~ semakin besar dan ramai ahli keluarga aku. Seriously, family sebelah mak aku agak besar. Nasib baik aku masih boleh cam ahli keluarga lagi. Mungkin sebab mostly duduk dibandar yang sama, mungkin.

Aku nak fokus dengan generasi pasca Millenia ni. Dieorang dah makin advance. Rata-rata dieorang masih bersekolah rendah tapi dah ada atleast sebijik handphone dan acc facebook. Zaman kitorang mana ada. Zaman adik aku mungkin. Itupun dieorang merasa masa dah masuk tingkatan. Tapi bagi pasca Millenia ni, dieorang socialize through internet dah sekarang. Nak tanya pasal kerja rumah, terus pergi facebook. Settle!

Mungkin ada kebaikan nya disitu tapi aku rasa banyak keburukannya. Tak perlu la aku nak mention sangat pasal ni, nanti makin panjang pulak entri ni. To state some point, aku dapati dieorang ni takde kurang manners. Yeah, seriously. Sebab dieorang exposed dengan cara socialization yang salah. Bagi dieorang sape-sape jer yang dalam internet tu, boleh di"address"kan dengan panggilan yang sama.

So it happens to be yang aku stumble one of them tadi. Aku post la status pesan kat dia jangan asyik main facebook jer. Hahah. Saje je suke kacau. Dia boleh pulak reply aku dengan "kau". Hello? mungkin bagi korang ianya nampak normal tapi bukan bagi aku. Aku Sarawakian okay so theres another proper way to address diri sendiri mahupun diri orang lain. Kira macam "saya" & "awak" laa. So, aku tegur laa tadi. Luckily dia ni jenis yang mendengar kata (hopefully dia baca entri ni.. saje je nak amik hati).

Tapi itu aa point aku. Terlalu advance lah dieorang nie.

Dah lah. Panjang sangat entri nie. Aku tak dapat fokus nak taip dah sebab aku tengah calling calling dengan Miss S nih. (Nak jugak dia di mention. -.-" )

*tetibe* iklannn...
Owh by the way, in case korang ada baca ni, mintak tolong sikit boleh tak? tolong tick "reactions" kat bawah. Sekadar nak tau, berapa ekor korang yang baca entri ni. Boleh kan? kan? kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...