Khamis, 16 Mei 2013

Due Date


Hahah. Serius kelakar!

So, last weekend aku kebosanan. Tidur sampai tengahari dan still ada masa saki baki lagi hari untuk dipersiakan. Seriously though aku tak faham, kenapa masa bekerja, aku rasa tak sabar sangat tunggu hujung minggu tapi bila hujung minggu dah sampai, aku macam tak tahu nak buat apa. Bukan macam lagi sebenarnya, memang tak tahu nak buat apa pun. Kebetulan masa tu aku tak berapa nak texting dan calling calling dengan Miss S since dia busy dengan convocation preparation and so on. Owh by the way, congrats Miss S. Untonglaa muka masuk paper. Mihmihmihmih. Jadi, aku agak free masa tu. Nak ajak member, dieorang kata dieorang penat so tak nak la kacau.

Dengan itu aku bercadang waktu petang aku nak luangkan masa bersiar-siar menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam. Turned out to be, aku end up dengan bersiar-siar didalam mall. Bahahahah. Aku tak tahu lagi nak pergi mana. Aku rasa masa tu aku spend around sejam lebih dalam tu. Maybe 2 jam (I guess). Mostly aku hanya browsing dan seingat aku, aku hanya spend 2 ringgit sahaja itu pun hanya untuk se'cup' besar cola. Cup ker glass anyway?

Selain membaca buku secara 'percuma' kat Popular serta membelek-belek beberapa helai baju yang tak mungkin aku mampu beli (waktu tu), aku pergi browsing dikedai cd. Macam dah jadi rutin bagi aku, pergi situ mesti singgah dekat kedai cd. Padahal aku tak beli apa ponn. Selalunya aku akan pergi ke section pc game. Aku bukan apa, aku suka tengok cover depan cd/dvd game jer. Tak terlintas pun dalam kepala aku nak beli. Then bila aku dah browse semua, aku pergi ke section movie. Tengah-tengah mata aku meliar mencari sesuatu yang tak pasti, entah macam mana tetiba aku terfokus dekat satu cd nie. Ada gambar Tony Stark (Robert Downey Jr.) dan Alan citer Hangover (Zack Galifianiakis?). Nama citer tu Due Date. Bila aku baca sinopsis, aku dapati citer tu macam kelakar. Masa tu aku 50-50 nak angkat ker tak cd tu. Then bila aku fikir balik, ah baik aku download jer kat ofis. Korang pun tahu, aku tengah broke dan sengkek sekarang ni. Hahah.

Aku dah habis download dan aku baru jer lepas tengok citer tu. Memang kelakar gila. Hahah. Its like Hangover jugak laa. Unexpected dan aku tak tahu la apa jadi kalau situasi dalam citer ni benar-benar terjadi.


Okay, Peter (RDJ) dan Ethan (Zack) merupakan dua orang individu yang berbeza personaliti dan masing-masing tak kenal mengenali antara satu sama lain. Dieorang berdua bertembung dekat airport setelah kereta yang Ethan tumpang secara tak sengaja melanggar pintu kereta yang sedang terbuka yang dinaiki oleh Peter. Peter masa tu nak fly ke LA jumpa bininya yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak tak lama lagi manakala Ethan nak pergi ke Hollywood dan mencuba nasib menjadi seorang pelakon. Macam aku mention tadi, dieorang berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Peter, seorang yang elegen, kemas dan tampak lebih terurus manakala Ethan seorang yang pelik, tak normal dan sebenarnya tak disangka (lebih kurang macam watak Alan dalam Hangover). Apa akan jadi kalau both of them mixed up?

Nak dijadikan cerita. Dieorang berdua duduk didalam kelas yang sama. Ethan tegur Peter supaya offkan hemponnya sebab ianya adalah suatu kesalahan. Dieorang mula berdebat dan berlaku la insiden yang tak disangka. Akhirnya kedua-duanya ditahan dan dimasukkan ke dalam no-fly list. Maksudnya dieorang berdua tak boleh nak fly. Lagi teruk, ID dieorang ditahan. Kalau nak pergi ke destinasi yang dieorang tuju, nak tak nak, kena la merentas beberapa state di Amerika tu. Pengembaraan dieorang memang penuh dengan masalah dan tak lupa juga yang dieorang berdua tak sebulu. Peter tak suka Ethan. Sesiapa pun tak mungkin suka Ethan sebab dia memang pelik dan tak normal. Hahah. Tapi akhirnya Peter terpaksa jugak akur dengan keadaan sebab dia memang dah tak ada pilihan lain lagi.

Seriously korang yang layan filem komedi especially yang layan Hangover, patut tonton filem nih. Aku dapat jamin yang korang memang akan gelak kaw-kaw punya. Aku ingat citer ni tak dapat lawan Hangover tapi ternyata aku silap. Dia ada kelainannya sendiri terutamanya dengan jalan ceritanya. Heheh.

Ok lah, thats all for now. Aku nak gi buat air jap. Bye bye~

XOXO (Miss S, if you know what this means.. hahah)

2 ulasan:

  1. ko ni buat aku rasa nak download jugak lah. aku pantang cerita lawak2 ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Download lah bro~ sies kelakar. Ahahahahah. xD

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...