Sedih.. sangat sedih..
Aku.. aku.. aku tak tahu macam mana nak cerita.. sobs.. sobs.. *tarik hingus yang meleleh*. Sejak bila ianya berlaku pun aku tak tahu.. tsk.. tsk.. sedar-sedar, aku dah pun 'pecah'. Biarlah gambar menceritakan segalanya.
bukan aku... |
Sebenarnya.. sekarang aku tengah sengkek, takde duit dan hidup dipinggiran mengharapkan sesuap nasik dari mak aku. Nak belikan mak aku rantai emas 4k sempena hari ibu semalam pun tak mampu. Kurang 2 ringgit lagi. Hurm. Duit 1 juta money drop yang aku simpan bawah timbunan spender pun dah tak elok lagi. Telah digigit dan dimakan dengan kemas oleh anai-anai. Terima kasih encik anai-anai sekeluarga. Lain kali datang lah lagi. Ada bannnyakkk lagi duit untuk dimakan bersama.
Tapi serius, aku memang sengkek sekarang. Tak tahu macam mana nak survive lepas ni. Nak tunggu pay day, lama lagi. Aku rasa terpaksa la aku memilih diet yang sesuai dengan keadaan semasa aku ni. Mungkin lepas ni aku nak prektis makan kertas. Dekat opis aku berlambak kertas. Kalau aku makan sekotak dua yang direcycle, rasanya tak salah kot. Plus aku dapat membantu mengurangkan kesesakkan opis aku yang penuh dengan timbunan kertas. Antara penyumbang terbesarnya adalah dari department aku, design department. Hee~ rasa banggalah pulak bila dinobatkan sebagai department yang paling banyak menghabiskan kertas dalam opis. Auww~ terima kaseh kepada korang yang banyak mengundi dan memberi sokongan kepada kitorang *tetibe*
Waaa~ makin lama aku piker, makin 'hang' kepala hotak aku. Aku dapat rasa ada beberapa litar pintas berlaku lantaran atas kepala aku muncul beberapa kepulan asap. Tak mungkin kelumumur buat BBQ kott. Ni mesti sebab terlalu banyak berfikir nih.
Jadi, apakah langkah yang paling efisyen yang harus aku lakukan?
Aku bercadang nak bukak taman tema dekat belakang rumah aku yang ada kolam renang plastik 2 kaki dalam dan 1m radius serta gelongsor air berketinggian 3 kaki setengah sepanjang 3 depa dan mengenakan bayaran yang paling murah sekali dan berpatutan. Kanak-kanak akan dikenakan caj RM1 manakala dewasa RM0.50 seorang dan RM0.80 untuk couple untuk bayaran masuk. Bayaran keluar pula adalah sebanyak dua kali ganda bayaran masuk. Aku akan sediakan jugak tuala mandi (5 helai) serta berus gigi ekstra (bagi yang lupa bawa berus gigi) dengan hanya caj sebanyak RM2.20 sebatang. Kalau pakai kayu sugi, RM1.10 jerr. Half price.
Selain itu aku akan bukak zoo disamping taman tema tersebut. Aku akan pamerkan kucing liar, tikus tanah, ayam jiran, tapir sebelah rumah serta cicak rumah dalam zoo tersebut. Bayaran untuk masuk ke zoo tersebut adalah sebanyak RM0.50 seorang tanpa mengira usia, kaum dan adat istiadat serta warna kulit. Juga, tidak dibenarkan membawa sebarang jenis makanan luar. Kalau nak makan, beli digerai yang disediakan. Makanan yang aku jual pun agak berpatutan.
Ok tak idea aku? baiklah. Aku nak jumpa bapak aku jap, usulkan proposal aku nie. Harap-harap dia setuju dengan caj yang aku kenakan dan mohon jangan ada caj untuk sewa tapak. Alright! doakan aku berjaya. Bye~
semoga proposal anda diluluskan! xD
BalasPadamOh terima kaseh. Masalahnya proposal masih belum diluluskan. Padahal propose pun belomm. Hahah. :D
PadamFuyoo dahsyatnya idea tersebut..aku pun nak join gak lah lau dah buat contack2 ya....huhuhuhuhu
BalasPadamOrait! tinggalkan no hempon dibahagian komen. Mihmihmihmih. :)
Padamaku setuju idea nak bukak taman tema kat belakang rumah ko tu. hahaha. kalau boleh bukak rumah hantu sekali. biar aku jadi hantu kat situ.hehehe
BalasPadamKau nak jadi hantu? masalahnya hantu dah lebih bro. Kitorang kekurangan cipan sekarang ni. Boleh jadi cipan? :P
Padammok keluar pun knak bayar ka?sobs3..mohon pamerkan aku cya.haha
BalasPadamHarus aku pamerkan kawu kat sia. Manusia eksotik macam kawu sik patut aku sia-siakan untuk tidak dipamerkan. Ahahahahah. xD
Padam