Isnin, 6 Mei 2013

Mogok, Miss S & Undi...

Last week memang terbaikk! terbaek baq hang.

Well, last last week. Aku pergi bercuti. Pergh! gaya macam pergi bercuti ke luar negara. Padahal still dalam Sarawak jer ponn. Ow ya, for those yang tak pernah jejak kaki ke Sarawak, please set your mind right. Ada ker patut kata kitorang takde internet dan duduk dalam hutan. Agak-agak la weyh! *maaf, ini mungkin lanjutan perang PRU13 yang berlaku dalam twitter sejak semalam* dan aku assume, tak semua yang tak pernah jejak kaki ke Sarawak ada mindset macam tu. Hanya segelintir sahaja. Certain only. Siapa terasa pedas , dialah yang makan Korean Spicy KFC tu.

Balik cuti, aku off satu hari. Supposely kerja tapi amik cuti sendiri. Konon demam padahal aku letih sebenarnya. Bercuti bukan pergi rehat pon. Instead, jalan-jalan cuci mata, shopping sikit and so on. So, end up aku letih dan tak dapat turun kerja. The next day aku kerja and the day after that pulak cuti lagi sempena hari pekerja. Dalam hati aku, this week couldn't get any better. Lepas cuti pekerja, aku pulak kerja setengah hari. Ini gara-gara dah rasa sedap sangat bangun lewat dan aku ditinggalkan oleh van yang sepatutnya pickup aku. Okay, padan muka aku tapi ok what. Dapat gak kerja setengah hari. Kahkahkah.

The next day, which is Friday aku pun hampir-hampir ditinggalkan. Nasib baik sempat walaupun sedikit terlewat dari schedule. Memang best! aku rasa macam kerja dekat company bapak aku pulak (like a boss lah katakan). Ikut suka aku jer. Hahah. Tapi... bila dah half way, dapat info dari higher management mintak balik ke HQ. Reason? sebab site kitorang ada riot. Yes, para pekerja buruh kasar mengambil inisiatif untuk membuat mogok. Mogok kenapa, aku pun tak tahu. Member aku kata dieorang riot sebab berebut water heater (Hahah. Paling the best punya reason). So, kitorang patah balik dan tak jadi pergi site. Last last, satu company pergi lepak dekat kedai makan. Semua muke senyum jer sebab syok tak payah pergi kerja tapi gaji jalan. Seriously, aku rasa umpama mimpi dalam mimpi. Ini sangat rare dan wow! macam minggu tu memang dischedulekan untuk aku. Aku rasa sangat teruja dan bahagia.


Namun begitu, kebahagiaan aku belum berakhir. Keesokkan hari, site still closed. So, tak kerja (lagi) dan know what? Miss S buat suprise pulakk. Dia kata dia balik sebab dieorang cuti 4 hari up until tuesday (besok lah). Aku apa lagi. Jadi la double triple happy. Pergh! memang macam dirancang jer minggu nih. Aku suka. Huhu~

Miss S cuti 4 hari, dan 3 hari nie, memang kitorang spend masa together most of the time. Gila! memang gila.  Aku even sanggup tak turun kerja harini sebab nak spend masa dengan Miss S. Hahah. Go on, tell me that I was wrong tapi aku peduli apa. Memang asyik jalan jer kerja dan aku pun rasa keletihan ditahap maksimum.  Aku rasa, kalau aku buat kronologi, memang macam satu adventure yang epik lah. Lagi epik dari adventure Tin Tin. Sekarang aku dah letih dan baru ada peluang nak update blog.

So, besok rasanya aku akan kembali ke rutin asal. Seriously lepas ni memang busy dengan kerja. Plus next month dah ada antara staff yang dah plan nak balik kampung sempena Gawai. Tinggal la aku sorang buat kerja kat ofis. Huu~ tapi tanak fikir pasal tu dulu. Nanti aku pulak yang stress macam tapir yang sawan babi. Eh? tapir sawan babi? kenapa mesti babi?

Ok lah. Aku rasa aku berhenti setakat ni. Aku nak makan lepas tu tido awal. Kang besok aku kena tinggal van pulakk. Bye~ see you next time.

Assalamualaikum!

Ciao!

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ishh. Ko nihh. Berapa juta kali aku nak bagitauu. Aku Sarawak la weyhh. Hahah. Ko dari aritu lagi mistook aku budak Sabah. xD

      Padam
  2. mogokkan sesuatu yang ntah apa2..hahaha

    lepas ni aku nak mogok kudis lah.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah. aku pulak nak mogok pasal mangkok jamban yang tak reti nak bersih.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...