Jumaat, 31 Mei 2013

Serabut


Guwa rasa kepala hotak guwa dah macam cable earphone. Serabut, kusut dan sukar untuk dileraikan. Macam-macam masalah negara yang guwa tengah fikirkan. Dah la mood nak bercuti ni tengah nak up, time tu jugak kepala guwa nak serabut. Ibarat mencari spender dalam timbunan bra, begitulah pepatah yang paling matching dengan penyelesaian masalah guwa ni. Dapat cari, tapi sukar. Pergh!!


Dah la masalah kewangan negara, guwa tak settle lagi. Kena pulak adik guwa nak sambung stadi. Minggu depan pulak tu. Banyak benda yang nak kena settle. Guwa rasa macam harini jer harapan nak settlekan semua sebab besok semorang dah cuti. Isnin dan selasa pun still cuti. Adik guwa kena register by wednesday. Perghh!! semak kepala guwa. Kalau kepala guwa sebiji heater, dah mendidih dah air sekarang ni. Kusut dowh kusut!!

Guwa nak tolong pun tak mampu. Hanya mampu tolong berfikir jer. Tapi kepala guwa dah jammed. Nak piker apa pun tak dapat. Harap-harap adik guwa tabah, dan dapat settlekan urusan tu satu persatu. Arghh!! guwa rasa macam abang derhaka pulak bila tak dapat tolong adik sendiri disaat-saat yang genting macam ni.

*Kadang-kadang guwa berharap sangat yang guwa ni seekor superman. Tapi agak-agak superman pun givap bila kepala dah jammed macam ni...

:/

6 ulasan:

  1. take a breath. wah, nada betul - betul serabut ni. relax yeah bro !

    BalasPadam
  2. moga segalanya dipermudahkan olehNya
    moga dimurahkan rezeki
    superman...sila bantu

    BalasPadam
  3. adik kau yg sambung knp kau yg serabut? =/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah bro~ guwa memang suka menggelabahkan diri. Huu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...