Jumaat, 19 April 2013

Aku lupa...


"Sayang, dengarla permintaanku, jaga hatimu untukku. Sayang dengarla bisikan hatiku, kernaku sayang kamu.." terdengar lagu dendangan Shae menggerakkan aku dari tidur. Oh, alarm berbunyi. Dah pukul 5 rasanya. Aku cuba buka mata dan kedengaran beberapa biji taik mata mula pecah dan merekah. Pipiku terasa kebasahan. Rupanya air liur basi yang tak berhenti mengalir dahpun membasahi bantal kesayangan aku. Kelihatan peta-peta sungai amazon hasil dari sentuhan seni air liur basi dari malam-malam sebelumnya. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin lain kali aku perlu lekat baldi dekat pipi supaya insiden sebegini takkan terjadi lagi. Lain kali lah.. lain kali..

Mataku mula tertutup ibarat pintu lif. Aku cuba bertahan namun apakan daya, jodoh tiada *tetiba*. Dalam sedar dan tidak, aku mula dibuai mimpi indah.


"Click, click"

Kedengaran pintu bilik ku terbuka. "Swoosh!!" selipar jamban mula terbang ke mukaku. Owh, mesti mak aku yang gerakkan aku ni. Masa untuk bangun, aku bermonolog bersendirian sambil diperhatikan oleh bantal kesayangan aku dengan raut wajah yang tak mengerti apa yang aku perkatakan. Aku bingkas bangun. Aku cuba dapatkan jam tangan "Baby-G" milikku berwarna pink. Aku lihat jam dah menunjukkan pukul 5:20. Peh! aku dah lambat dah ni. Dengan kepantasan superman aku berlari ke dalam jamban tanpa sempat menoleh ke sisi.

************************************

Aku dah bersiap sedia. Hanya menunggu van untuk menjemput aku. Walaubagaimanapun serasa macam ada suatu yang tak kena. Aku cuba mengingat dan mengamatinya kembali. Apa yang tak ada. Hurm.

"Jam? cek."
"Cincin? cek."
"Kunci? cek."
"Wallet? cek."
"Hempon? cek."
"Lighter? cek."
"Rave merah? cek."

Semuanya ada. Hatta tali pinggang dan tali keledar pun ada. Hurm. Apa yang tak kena?

Beberapa saat kemudian, van pun sampai untuk menjemputku. Bila aku masuk van, aku dapat dengar bunyi air-cond menjerit dengan nada yang membingitkan. Aku cuba perlahankan kelajuan aircond tersebut. Aku duduk, pasang earphone dan mula memainkan mp3 pada hempon. Dua menet kemudian, perutku mula buat hal. Dalam masa-masa yang tak terjangka, perutku telah memilih waktu yang paling perfect sekali. Peh!

Baru aku ingat...

Aku lupa nak berak! :(


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...