Jumaat, 12 April 2013
Ketak Ketuk Keyboard
Bunyi terhasil dari getaran. Setiap objek yang bergetar menghasilkan bunyi. Bila kau kentut, gas yang kau lepaskan bergetar apabila berlanggar dengan dinding-dinding tooott (censored sikit) dan menghasilkan bunyi. Bila kau tidur, udara dari nafas yang kau hembus bergetar dengan bulu hidung dan menghasilkan irama yang merdu sama jugak halnya bila kau berkarok dalam jamban. Suara yang terhasil adalah dari getaran dan getaran itu pula menghasilkan tekanan dimana manusia, tikus mondok, cicak rumah dan lipas yang menyelit dibawah baldi menjadi tertekan sebab suara kau tak best. Ok aku gurau jer, jangan ambil hati. Suara aku pun tak best. Semut dalam bilik aku semua berhijrah mencari penempatan baru bila dengar suara aku. By the way, semut boleh dengar ker? :O
Sebenarnya ini bukan point aku. Aku nak cerita pasal bunyi. Jadi untuk nampak educated, aku tampal beberapa nota (yang tak berapa nak complete) dan jadikan intro untuk entri kali ini.
Ada beberapa bunyi yang aku suka. Sebagai contoh bunyi air yang diisi ke dalam gelas kosong, bunyi tapak kasut (bukan diseret) bila orang berjalan dan bunyi keyboard. Apa bunyi keyboard? bunyi yang terhasil bila kau tekan keyboard la. Bukan bunyi keypad hempon touch-screen china kau tu. Bukan!
Aku sangat suka bunyi keyboard. Aku sangat suka sehinggakan aku boleh orgasm (masa belum baligh) bila dengar bunyi keyboard. Masa tu aku baru nak mengenal komputer. Keyboard putih melepak dengan butang enter berbentuk 'L' sungguh menggiurkan. Butang enter itu sangat signifikan sehinggakan bila aku pandang keyboard tu, butang enter itu yang pertama sekali aku detect.
Dulu masa aku kecik-kecik, aku sakit dan mak aku bawak aku pergi klinik swasta. Ini kerana hospital milikan kerajaan sangat penuh sampai ada yang planking dekat tangga. Lantai tak payah ceritalah. Bukan fasiliti hospital tu aku nak cerita. Nampak tak aku guna word yang gempak demi nak menunjukkan yang aku educated? Peh! macam gampang.
Bila jumpa dokter. Dia akan tanya sakit apa. Eh, tak payah la cerita pasal tu. Part yang paling best sebenarnya bila dia tengah menaip. Aku tak tahu adakah dia sedang berchatting atau sedang buat kerja. Yang aku tahu, bunyi keyboard tu terngiang-ngiang dalam telinga aku. Sejak dari hari itu, perasaan ingin menekan keyboard mula hadir dalam diri aku. Nafsu yang membuak-buak membuatkan aku tak dapat nak mengawal diri dari merogol keyboard yang single mingle. Bila tak ada orang, aku mula bekerja. Aku buat-buat macam aku sedang taip sesuatu padahal aku saje jer nak dengar bunyi keyboard tuh. Sies aku suka.
Adakah saya bermasalah? *tetibe*
Dah lah, aku saje jer nak dengar bunyi keyboard. Sebab tu aku taip entri ni. Dah dah, pergi buat kerja balik. Aku nak gi berak jap.
Ciao!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan